Latest News

Sunday, May 26, 2013

The 21st Birthday.

Assalamualaikum dan hai para pembaca yang pelik dengan kemunculan semula saya dalam dunia blog.

Current mood: Exhausted.
Current song: Just Give Me A Reason - Pink ft. Nate Ruess.

Lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa nya tak update blog ni. Memandangkan UiTM tengah cuti seminggu bersempena Hari Wesak dan Hari Gawai, so ada lah sikit masa dapat dicuri untuk update blog yang dah lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa gila tak update ni. Diharapkan orang yang membaca ni sihat-sihat belaka. Termasuklah saya.

Untuk pengetahuan mereka yang taktahu, beberapa hari lepas iaitu pada 23 Mei 2013 merupakan tarikh dimana saya mencecah umur 21 tahun. Alhamdulillah, saya masih diberi peluang untuk hidup. Macam biasa, setiap kali birthday, saya akan update ler dekat blog ni. Tahun lepas punya cerita ada dekat sini.

Overall birthday kali ni boleh kata macam biasa. Macam biasa tu maknanya macam sebelum-sebelum ni lah, takde meriah mana pun. Takde nak celebrate bagai, dan boleh kata takde hadiah. Setakat ni lah. Hewhew. Mungkin sebab first time merasa birthday dekat kampus. Syukur takde tepung telur bagai. Sebelum-sebelum ni dekat rumah jee. Lagi lah tak meriah. Mungkin juga faktor kurang sihat dan kena menghadap test + assignments yang banyak karenah. Normal.

Well, record birthday yang paling best masih kekal milik tahun lepas.

Anyway, tahun ni punya birthday ada uniknya yang tersendiri. Apa yang uniknya? Sila scroll dan scroll.


By Haikal.

By Izzudin a.k.a Duwer.

By Faseera a.k.a Seera.
By Syahira.
By Jija.

By Najihah a.k.a Kajia.

*See the creativeness of them? (Y)*

Actually sebelum-sebelum ni belum pernah macamni. And tak expect pun akan ada macamni. I mean those handmade crafts. So, infinity thanks kepada mereka-mereka yang sanggup meluangkan masa untuk buat all those thingies. Really love and appreciate them. <3 p="">
Owh yee. Actually ada dapat satu hadiah yang kemain awal lagi iaitu dari Nadia Malek a.k.a Che Ai, iaitu Chocs Cadbury + Daim daripada Langkawi. Satu je yang dia belanja, yang lain tu semua saya yang kirim dia tolong belikan. Bertuah lah kalau dia nak belanja semua sekali.



Dan satu lagi hadiah adalah daripada diri sendiri oleh sebab kelaparan yang amat. Kira sambut sekali lah tuu. Kahkah. Better than never right? Actually masa pergi beli haritu naik motor dengan Akmal, and hampir berlaku mini accident. Nasib baik terselamat. Alhamdulillah. So, ini lah hadiah from-me-to-me nya. Hewhew.



*Rasanya tu je lah sedikit sebanyak tentang birthday saya tahun ni. Now, lets proceed to the next chapter.*

Dan, telah menjadi tradisi untuk saya awardkan para wishers birthday saya yang terpilih. Cuma tahun ni tukar awardnya jadi simple sikit since tema birthday kalini memang simple. So, here are the awards:


*This is not Tumblr. But do assume this is.*

The First-most Wisher (@ FB and @ My 014 number) goes to: 

Siti Rokiah

The First Wisher @ Whatsapp goes to:

Noor Ain Syahira

The First Wisher @ Twitter goes to:

Aida

The First, Last & the Only Wisher @ My 013 number goes to:

Siti Athira

The Last Wisher @ FB goes to:

Najihah

The Last Wisher @ Whatsapp goes to:

Faseera
The Last Wisher @ My 014 number goes to:

Nuur Fatihah

The Last Wisher @ Twitter goes to:

Siti Khadijah
The Wisher Who Wished the Most goes to:

Nurul Atika Nadia


Hanya sekadar award kosong semata-mata. Tiada hadiah atau yang berkaitan akan diberikan. Tapi anda semua masih belum terlambat nak bagi hadiah. Hewhew. 

Nak print screen and Cc semua yang wish memang memenatkan lah kan. Penat baru balik dari JB pun tak hilang lagi ni. So, thank you so much to all wishers. Minta maaf salah silap. Semoga apa yang kalian wish/doakan akan Allah tunaikan/makbulkan, in ShaAllah.


Assumption No. 33:
The PAST is where you learned the lesson.
The FUTURE is where you apply the lesson.

- Learn, to apply.



Rasanya ni je lah kisah birthday saya tahun ni. Next post tak tahu lah bila. Ikut idea dah ada, nak cerita pasal konvo haritu. Tapi kalau ikut mood dan kerajinan tu, wallahu'alam lah. So, tengok je lah macamana nanti.


Well, that's all folks~
Thank you for lending your senses. :)
Adiouszx and Salamun alaik.

Wednesday, April 24, 2013

Wordless Wednesday #2

Wednesday, April 17, 2013

Wordless Wednesday #1 (Video)

Friday, February 8, 2013

Rezeki Sarjana Muda.

Assalamualaikum and hello para pembaca yang penat menunggu entri baru.

Current mood: Kepenatan.
Current song: Ajari Aku - Anuar Zain.

Nampak tak lama gila blog ni tak berupdate. Maklumlah tak sampai-sampai seru untuk update. Takpe. Yang penting kali ni dah berupdate. Mohon maaf kalau selalu bersin ketika baca.

Entri kalini adalah untuk berkongsi keputusan Permohonan Kemasukan Ijazah Sarjana Muda Sesi Mac 2013 saya. Nak diringkaskan cerita, nah gambar:

Ni lah keputusannya.
Alhamdulillah. Allah masih memberikan peluang kepada saya untuk melanjutkan pelajaran saya diperingkat yang lebih tinggi selepas berjaya menamatkan pelajaran diperingkat Diploma. Setelah bergelar Graduan Diploma, kini saya perlu berusaha lebih bagi meraih cita-cita untuk bergelar Graduan Sarjana Muda pula. In shaAllah.

Nak diceritakan pula tentang pilihan saya ketika mengisi borang permohonan ni:

Pilihan pertama saya adalah apa yang saya telah dapat. (Rujuk gambar diatas).
Pilihan kedua pula adalah Information System Engineering (ISE).
Pilihan ketiga, Information Technology (IT).
Dan pilihan keempat, Intelligent System (AI).

Ada juga pilihan dimana kita perlu memilih sama ada setuju jika diberi tawaran selain 4 pilihan diatas ni. Tapi bagi mengelakkan tercampak ke course yang pelik-pelik, maka saya memilih untuk tidak bersetuju. Risau jugak kalau dapat course yang berkaitan dengan Networking ke kann.

Sememangnya dua pilihan pertama tu merupakan kegemaran saya since saya mula minat membuat sistem walaupun tak hebat. Maklumlah, baru satu je sistem yang baru diterima pakai iaitu Sistem e-STaKo UiTMJ.
Untuk maklumat anda, sistem tu hanya boleh diakses dengan menggunakan Intranet Connection dengan ayat yang lebih mudah, menggunakan wifi UiTM Segamat sahaja. Rasanya cukup lah cerita pasal ni.

Cerita pula pasal 31 Januari dimana tarikh semakan keputusan bermula. Pada awalnya tarikhnya adalah pada 30 haribulan. Beberapa hari sebelum tu, ada notis menyatakan ditunda pada 31hb, 5.00PM. Kemudian ditunda lagi pada pukul 10.00PM pada hari yang sama. Sesungguhnya penantian itu adalah satu penyiksaan. Tapi saya takdelah rasa risau dan berdebar-debar sangat menunggu pukul 5 tu sebab saya pergi tengok cerita Juvana walaupun masa dalam wayang tu asik terfikir pasal keputusan jee.

Tunggu punya tunggu, tiba-tiba rasa macam nak cari jalan untuk akses laman web tu tanpa kena tunggu pukul 10.00PM. Godek punya godek, akhirnya dapat jugak akses ke page yang tak sepatutnya boleh diakses awal satu jam. Tengoklah pukul berapa saya terima tawaran ni dekat gambar di atas. So sekali lagi kurang rasa berdebar and risau tuu. Rajin-rajinlah explore Google Chrome ni sebab banyak benda kita buat tanpa menggunakan tipu daya Photoshop. Tengok gambar lagi, Nombor IC pun tak payah nak guna Photoshop untuk hide.

Untuk semester pertama, kemudahan kolej disediakan dan bagi FSKM, kita akan ditempatkan di Kolej Perindu bagi lelaki, Melati bagi perempuan. Tapi semester kedua rasanya dah tak dapat kolej. Ayah cadangkan ulang alik dari rumah. Ampang-Shah Alam. Best kann? Apa-apa pun baguslah takde MDS untuk kitorang. Panjang sikit cutinya.

Dan istimewanya kami ni, dapat merasa dua kampus iaitu Shah Alam dan Jasin. Jasin masih dalam proses pembangunan dan dijangka mula beroperasi tahun depan. Kiranya dua semester di Shah Alam, dua semester di Jasin, dan satu semester praktikal entah dapat dekat mana. Dekat Jasin kata ayah kalau tak dapat kolej, boleh tumpang rumah Mak Teh since rumah dia dengan Kampus Jasin tu dalam 1KM sahaja. Tapi tengoklah keadaan macamana nanti.

Alhamdulillah juga kerana masih berpeluang berjumpa dengan rakan-rakan seperjuangan ketika Diploma dahulu even bukan semua. Yang dapat sama course pun boleh tahan ramai. Akmal, Basyar, Izz, Pacap, Sufi, Hasana, Rokiah, Rabiah, Azmina dengan siapa tah lagi. Yang sama kampus pun ramai jugak. Berpeluang jugak lah dapat jumpa mereka ni lagi.

Actually sebelum dapat result ni ada jugak mimpi dapat dekat kampus mana. Tapi mimpi tak tak bagitahu direct. Siap ada nama Basyar pulak. Tapi dalam mimpi tu Basyar dapat UiTM Terengganu. Rupanya yang dapat dekat Terengganu orang lain. Iaitu Hazirah Afifah.

Sudah pastinya kehidupan di peringkat Degree ni akan lebih mencabar daripada kehidupan Diploma. Harap-harap dapat mengulangi lagi kecemerlangan pada zaman Diploma dulu. Dan semoga segalanya akan dipermudahkan nanti. In shaAllah.

Disini juga saya berharap rakan-rakan yang kurang bernasib baik agar membuat rayuan. Mungkin Allah sedang menguji kesungguhan kita. Banyakkanlah bersabar. In shaAllah korang akan berjaya dalam rayuan korang tuu. Kot-kot ada rezeki dapat sama kampus, jumpa lagi lah kita kann. Bagi yang masih berjuang, semoga berpeluang lagi untuk kita bertemu.

Kesimpulannya, dimana pun kita berada, bersyukurlah. Allah dah bagi peluang untuk kita sambung belajar ni maka gunakanlah peluang ni sebaik mungkin. Even dapat kampus lain-lain jauh-jauh, janganlah berasa terasing. Berusahalah menimba ilmu yang takkan cukup kita perolehi. Mudah-mudahan kita berjaya, in shaAllah.



Well, that's all folks.
Thanks for reading and see you again in my next post.
Adiouszx and Salamun alaik.

Wednesday, December 26, 2012

Kisah Sekolah Rendah (1999-2004)

Assalamualaikum and hello para pembaca sekalian.

Current mood: Natural.
Current song: Not listening.

Firstly sila abaikan gambar-gambar dekat main page ni. Takde apa-apa kaitan pun. Cuma tak tahu nak replace dengan apa. Nanti bila dah dapat idea, akan bertukar lah ye. Ke korang ada nak bagi cadangan? Dipersilakan dan dialu-alukan. :)


Okayh seperti yang dijanjikan dalam entry sebelum ni, akan saya sambung kisah zaman persekolahan saya dahulu kala. Kali ni time sekolah rendah kebangsaan. Sekolah rendah agama pun ada. Tapi tu nanti saya buat dekat entry yang lain.


SKPJ, Sekolah Kebangsaan Pandan Jaya. Sekolah ni tersangatlah dekat dengan rumah. Hari-hari pergi sekolah jalan kaki jee. Kecuali time hujan lah. Nanti mak akan hantar naik kereta. Dari darjah satu (1999) sampai lah darjah enam (2004).

Lagu sekolah still hafal sampai sekarang. InshaAllah sampai bila-bila. Tapi tak tahu lah kalau tiba-tiba dah tukar ke kann.

Dari darjah satu sampai darjah enam tu ada je turun naik dari segi akademik. Tapi betul-betul stabil start darjah lima. Time tu otak baru berkembang and aktif tanpa masalah.

Actually rasa kagum dengan diri sendiri waktu darjah 3. Dimana ceritanya, Cikgu Nazran (orang Kelantan) ni ajar Maths. Dia sangat sporting dan kelakar. Ada satu masa ni dia nak test setiap pelajar pasal basic maths (tambah tolak darab bahagi) secara congak secara cepat. Dia pun suruh semua orang berdiri. Then dia pergi dekat sorang-sorang, and tanya. Kiranya ada banyak round. Setiap round, kalau ada salah jawapan or lambat, berdiri atas kerusi. Salah lagi berdiri atas meja. Mana yang betul, dapat duduk and tak kena tanya lagi. So bila turn saya, saya jawab semua betul dan lancar. Kalau tak silap, saya sorang je yang first round terus duduk.

Ingat lagi dulu maths belajar Ceraikan, Bundarkan, Cerakinkan dan lain-lain. Owh yee. Saya masa dulu sangat tak reti operasi bahagi. Cikgu ajar pun masih tak faham. Nak tahu siapa yang ajar sampai saya faham gila-gila? Nenek saya. Yes, nenek. Nenek yang ajar macamana nak bahagi. Lepas kena marah semua, satu malam je dah faham sampai bila-bila. Hebat kan nenek saya? Hehe.

Mostly perhimpunan pagi Isnin tu akan ada penyampaian hadiah bagai. Setiap kali tengok orang dapat hadiah, saya rasa jealous sangat and fikir bila lah nak jadi macam orang-orang tuu. Alhamdulillah turn saya sampai jugak. Tapi waktu darjah lima. Itu lah first and the last dapat naik pentas waktu perhimpunan tuu. Hadiah apa? Hadiah quiz maths. Ada cikgu ni (tak ingat nama dia), masa dekat kelas dia bagi quiz and dia kata siapa paling cepat and paling betul dapat hadiah. Saya pun dengan tiba-tiba bersemangat, buat lah and orang first hantar. Tak tahu pun betul ke tak jawapan tuu. Maka masa perhimpunan tu, MC announced dapat first place. Alhamdulillah.

Masa Darjah 4 kalau tak silap. Mana saya? Yang paling comel tuu.
Saya pernah jadi pengawas, lepastu tak jadi, masa darjah enam jadi balik.



1 Gemilang
2 Cemerlang
3 Harmoni
4 Cemerlang
5 Cemerlang (Kott)
6 Gemilang



Cerita pasal denda pulak, masa sekolah dulu mesti banyak denda kann. Denda yang common, ketuk ketampi, rotan and jalan itik. Tapi kitorang dulu ada denda yang pelik-pelik. Antaranya tangan buat macam "twit", lepastu ada kayu yang leper atau pembaris panjang, ketuk. Sakitnya nauzubillah. Tu denda dari Ustaz Sabli yang lawak and sporting. Denda pelik seterusnya dari Cikgu Ariston. Dia bagi nama "Gaban". Cara dia, mula-mula cangkung, lepastu lompat, sambil lompat tumbuk angin. Dan berulangan. Nak tahu lagi macamana? Try lah buat sendiri. Denda ni memenatkan kaki dan lutut.

Seterusnya cerita pasal sukaneka. Rumah sukan dapat Rumah Kuning a.k.a Laksmana. Antara sukan yang saya masuk adalah 4x100m, 4x200m, 100m, Lompat Tinggi dan Lompat Jauh. Yang dapat medal 4x100m tu jee. Dapat second place. Lompat tinggi masa pemilihan bukan main hebat. Bila sampai waktu sukan tahunan tu, tak lepas. Pelik jee. Lompat jauh pun macamtuu. Lompat masa pemilihan bukan main jauh. Siap ada cikgu cina ni gelarkan saya Superman. Sebab ada sekali saya lompat macam Superman. Hebat sangatlah katakan.

Unit beruniform, masuk TKRS. Yang lain tengok macam tak best jee. Pernah beberapa kali masuk hutan. Antaranya dekat FRIM dan dekat UKM. Paling best pergi FRIM sebab pergi sana naik truck askar. Tak pernah terfikir pun.

Maaf tak jelas. Yang tertulis, 4x100M, Kelas 2, Tempat Kedua.


Pernah jugak masuk pertandingan nasyid. Tapi tak menang pun. Kitorang punya lagu Kasih Kekasih - In-Team. Mungkin sebab suara ni tak sedap. Nak buat macamana. Korang mesti tahu lagu ni punya. Sebab lagu ni famous waktu dulu-dulu.

Apa-apa pun banyak benda lagi yang bila dikenang balik, kelakar and rindu. Beratur ambik susu, mintak mak duit nak beli susu lembu yang banyak perisa tuu, mintak duit nak beli buku, tengok silap mata, dan lain-lain. Kawan-kawan pulak masing-masing ada haluan masing-masing. Yang paling rapat sekarang ni Apek lah. Tu pun sebab sekampus masa Diploma. Lagipun jiran setaman. Hehe.

Antara mereka-mereka yang rapat dulu: Apek, Joe, Aimie, Paan, Hilmi, Hadi, Radhi, Ikram, Zulkarnain, Zulkifli, Muz, Faisal, Asma, Halimah, Syaidatul, Mira, Faten, Wong Dee Lern, Anthony, Long, Darshigan, Liyana, Azlin, Muiz, Syed, Iezreen, Sofia, Hidayah, Kesuma, Hafiz, Amir, Sugen, Izhar, Adila, Aripin, Syazwan, dan lain-lain lah. Kadang terfikir best nya kalau dapat reunion sekali. InshaAllah kalau ada rezeki nanti. Hehe.

Perkara yang paling susah nak lupa, dapat full mark maths masa trial and mid term exam. Masa tu saingan dengan Long Ker Zhin. Dia pun hebat maths. Tak lupa jugak dekat Anthony yang genius tuu. Haha. Dan of course the 5As of UPSR. :')

Ada lagi satu, kena kejar anjing dekat padang. Waktu tu pagi, biasalah saya ni suka datang awal ke sekolah. Takpernah lambat dan hampir setiap tahun full attendance. Tak tipu. Okayh, waktu tu bertiga dengan kawan. Acah-acah berani, pergi ketengah padang tu sambil dekat tangan pegang batu. Sekali baling, anjing tu kejar. Memang tak fikir apa time tu, lari paling laju. Kalah Usain Bolt. Tapi dapat rasakan yang anjing tu dapat gigit sikit kasut. Perghh. Serik dah nak halau anjing lagi waktu tu. Haha.

Berikut pula senarai Cikgu yang pernah mengajar dulu:
Cikgu Nazran, Cikgu Wan Mohd Fauzi, Cikgu Aizam, Cikgu Sayfolhidzam, Cikgu Hilmi, Cikgu Yazreen, Cikgu Rizal, Cikgu Khirwiza, Ustaz Sabli, Sir Rizal, Cikgu Ariston, Puan Halimah, Puan Noraini, dan lain-lain. Terima kasih cikgu-cikgu sekalian. Entah dekat mana lah mereka-mereka ni semua. Kalau tegur nanti mesti dah tak kenal. Huhu.


Hrmm. Rasanya macam dah panjang sangat pulak entry ni. Kalau ikutkan banyak lagi nak diceritakan. Tapi kang bosan pulak korang nak baca. Cukuplah sedikit sebanyak cerita waktu di SKPJ dulu. Macam-macam lagi sebenarnya kenangan yang ada.



Well, I think that's all folks!
Thanks for reading~ :)
Adiouszx and Salamun alaik.

Total visitors

Followers