Tuesday, October 18, 2011

Mak saya ada kata. . .

Assalamualaikum and heyy!

Current song: Sempurna - Andra and The Backbone.
Current mood: Guilty.

yeayy. berjaya jugak update blog ni setelah 8 hari duduk kat rumah ni. hari-hari menghadap laptop, tapi rasa malas sangat nak update blog ni. tapi fikir-fikir balik, da ada blog tapi tak reti nak update baik takpayah update. kann? tapi tak jugak. this is my blog. all the posts written by me. so, suka hati la nak update bila-bila kann? hehe. dahh. tak payah pertikaikan lagi. ni da update pun cukup baik da ni. lagipun bukannya ramai followers and readers pun macam blog-blog yang lain tuu. :(

okayhh. yee. cukup! :P

okayhh. sambil dengar lagu Sempurna, diselangi bunyi suara pembaca berita kat tv ni, so, lets recall what my beloved emak have told to me. well, that's for my future, my family and of course, for myself. okayhh. lets start it:

1- Naim, belajar elok-elok, pandai-pandai. nanti dapat kerja bagus. lawan la dengan adik beradik tuu. tunjuk jugak kat adik tu biar dia jadi lagi semangat nak belajar.

My comment: yee mak. tu yang aimin tengah usahakan. tapi sorry la ye mak kalau aimin ni terleka. maklum la zaman sekarang ni zaman moden. macam-macam hiburan. hehe. tapi mak jangan risau, I'm trying to make you proud. and also the whole family. inshaAllah. :')
*1st target: untuk naik atas pentas konvo sebagai penerima Anugerah Naib Canselor. :)


2- Naim, laki-laki kat rumah ni yang tinggal sorang je selain ayah. abang tu dah kahwin, dah duduk rumah lain. so, kena pandai la tengok-tengok kan rumah ni. ambil berat and tolong la apa-apa yang patut yee.

My comment: okayhh. tu dah lama aimin fikir mak. sebelum abang tu kahwin lagi. cuma tu laa, jarang ada kat rumah ni. duduk jauh kat segamat pulak, jarang balik rumah. (mak jugak tak kasi selalu balik. ;p) hehe. tapi, selagi boleh tolong, aimin tolong jee. mintak je nak apa, inshaAllah akan ditunai kann. hehe.


3- Naim, nak cari isteri, cari yang boleh masak. lagi pandai lagi bagus. nanti kang takde la asik selalu makan kat luar jee. buat habis duit gaji jee. takpun silap-silap suami yang masak untuk suami.

My comment: ahhaa. of course laa. nak-nak masak lomak kann. hehe. lagipun kalau tak pandai sangat, mak kan boleh ajar. kang kalau nak yang pandai sangat, kena cari chef pulak. -.-'.


4- Naim, satu lagi cari yang bertudung + setia. and bila mak jumpa or tengok dia, mak berkenan. sebab ada jugak yang bertudung ni mak tak berkenan. mak tengok je orang tu mak boleh tahu tau perangai dia macamana.

My comment: hrmm. memang lee. dah semakin matang dah mak. lagipun kalau mak pun dah suka, aimin lagi la suka kann. hee. lagipun aimin sorang je laki-laki yang tak kahwin lagi. so, mak mesti teringin nak menantu yang bertudung kann? hehe.
*rasanya da jumpa daa. ;p


5- Naim, jangan cari yang kaya-kaya jee. jangan ingat bila kahwin dengan orang kaya, hidup sentiasa bahagia. biasanya merana and binasa. keluarga kita ni pun biasa-biasa jee. cari la orang yang da biasa hidup susah ni.

My comment: yee. aimin faham. lagipun secara lumrahnya isteri yang bergantung kat suami kann. bukannya yang sebaliknya. lagipun aimin takut jugak cari orang kaya-kaya ni. silap-silap diorang tak biasa dengan keluarga kita yang tak seberapa ni haa.


6- Naim, jangan la sesekali lupa keluarga bila da hidup senang nanti. da besar ni da bole buat keputusan sendiri. kalau tak yakin tu, refer balik kat ayah.

My comment: oraitt. memang apa-apa pun biasanya aimin refer kat ayah and mak dulu. cuma kadang-kadang ada je benda yang aimin tak gtahu mak and ayah sebab taknak susahkan. nak-nak bab duit. huhu.



hrmm. tu je la yang berjaya diingat. even sebenarnya banyak sangat yang mak da kata. yupp. sangat banyak. so, hargailah emak/ibu/mama/ummi/mummy and ayah/abah/papa/abi/daddy/anda semua ye selagi mereka masih ada. and bagi yang masih hidup. sebab nasihat mereka selalunya benar dan berguna. even ada yang bagi korang macam tak masuk akal. sebab, Allah ada berfirman dalam surah al-Baqarah kalau tak silap, "boleh jadi kamu membenci sesuatu perkara itu, padahal ianya sangat baik untuk kamu,. . ." and vice versa laa. so, ingat ayat ni kayhh! :)

well, itu je la kot yang mampu tulis untuk post kali ni. inshaAllah akan diupdate lagi bila rasa malas and takde mood ni kurang. hehe. sorry kalau bosan ke kann. so, sampai disini sahaja laa. :)



Assumption No. 14:
If you're missing me,
I'm missing you more.
But if you're missing me more,
you should know that
I'm missing you the most!

-I think you knew it. :)



thats all folks! thanks for reading.
see YOU again in the next post kayhh. :)
Adiouszx and Salam alaik!




0 comments:

Total visitors

Followers