Sunday, October 30, 2011

Sedih?

Assalamualaikum and heyy.

Current mood: Excited for tomorrow.
Current song: Ku Ingin Selamanya - Ungu

alololooo. jangan la sedih. senyum sikit. sikit lagii. haaa. dah. cukup-cukup. :) hehe. yess. I know, I've made some of my friends feel sad, and even scared. I'm so so so and soooooo sorry guyss. I really never meant to do so. I thought by delivering that info, you all might feel glad. but I was definitely wrong. just a few of them feeling glad. while the others were not. so, I'm sorry again kayhh. please forgive me. :')

well, I think that part was done. lets come to my part. okayhh. aku tahu english aku tak sehebat korang. so better melayu je la yee. haha. *sorry kalau ayat skema. just harap jelas je untuk pembaca. :)

POST NI BUKAN HANYA UNTUK KORANG SAHAJA, TAPI UNTUK DIRI SENDIRI YANG SERBA SERBI KEKURANGAN NI HAA. :)

hrmm. soalannya, mengapa harus sedih yee? adakah sedih ni satu penyelesaian kepada sesuatu masalah or dugaan? mesti korang kata bukan kann. so, kenapa harus bersedih? nak-nak bila sesuatu tu tak pasti lagi kebenarannya. fikirkan balik baik-baik yee. sebenarnya tu semuanya hanyalah ujian daripada Allah dimana Allah mahu menguji tahap kesabaran dan ketabahan hamba-hambanya. ingatlah, Allah ada berfirman yang "Dia(Allah) TAKKAN menguji hambanya, melebihi kemampuannya"(al-baqarah kalau tak silap). maknanya semua ujian yang Allah beri kat kita tu, kita boleh dan mampu untuk atasi. dan manusia ni kan takkan lari daripada melakukan kesilapan.

kalau nak dibandingkan dengan nikmat yang Allah dah bagi kat kita, memang tak terkira sebab terlalu banyak. sangat banyak. contohnya kesihatan, Islam, dan lain-lain lagi. tapi, bila Allah tarik sikit je nikmat tu, kita da mula bersedih. sikit je tu sebenarnya bila dibandingkan dengan macam-macam yang Allah da bagi kat kita. rumah, keluarga, dan keperluan yang lain. ingat, Allah tarik sesuatu tu untuk gantikan dengan sesuatu yang lain. TAK MUSTAHIL.

time kita ada masalah kalau kita perasan, kita akan sedih dan cakap "Ya Allah, aku ada masalah yang besar". cuba kita cakap "Ya masalah, aku ada Allah yang Maha Besar". inshaAllah Allah akan bantu kita. sebabtu kita perlu bersabar. Allah akan sentiasa bersama(membantu) orang yang sabar. itulah janji Allah. so kita jangan lah putus doa yee. dan, jangan putus asa jugak! sebab? Allah ada berfirman(tak ingat dalam surah apa), " dan janganlah kamu berputus asa kerana sesungguhnya tiada yang berputus asa selain orang yang kafir"

sedar tak sedar, kita selalu lupa Allah time kita tengah happy. betul? lepastu bila time kita tengah sedih and susah, baru kita nak ingat Allah. kann? hrmm. tu la hakikat yang susah nak dinafikan. tapi tu la benda yang perlu kita elakkan and sentiasa berusaha untuk ingat Allah pada setiap masa. and yang penting La Takhaf wa La Tahzan, bermaksud Janganlah Takut dan Janganlah Berdukacita. sebaliknya kita kena lah berjuang untuk selesaikan masalah. itulah jalan yang sebaiknya daripada duduk bersedih dan takut kann. janganlah bersedih semata-mata berbeza dengan orang lain, sebab setiap yang terjadi tu ada hikmah yang tersendiri. dan setiap kesusahan tu, ada kemudahannya juga.

hrmm. taip panjang-panjang kang bosan pulak korang baca. apa-apapun, muhasabah la diri masing-masing yee. termasuk la diri saya sendiri. :). so, sampai sini sahaja. semoga semua yang diatas ni dapat membantu menebusi kesilapan saya, dan mengurangkan rasa takut and sedih anda. ini je lah yang dapat saya bantu. ini je la ilmu yang ada untuk disampaikan. harap berguna even sedikit pun yee. huhu.



Assumption No.16:
I wish I'll be the one
who can always erase 
all your fears and sadnesses.


-but forgive me if I can't. :(



well, thats all folks! thanks for reading.
see YOU again in the next post kayhh! :)
Adiouszx and salam alaik.




0 comments:

Total visitors

Followers