Saturday, December 24, 2011

5 Jenis Bacaan Amin

Assalamualaikum and heyy readers.

Current mood: Homeeee
Current song: Don't You Remember - Adele.

wahh. dah 13 hari tak update. maknanya sebulan dua kali la blog ni di-update. alahaii. rasa macam noob la pulak. -.-

tapi takpe, sepanjang cuti mid sem ni, blog ini inshaAllah akan diupdate daily. saya ulang, daily. melainkan kalau balik ke kampung or ada masalah dengan internet ni. and macam biasa, akan diberitahu sebab untuk tidak update blog ni. so, kalau rasa bosan ke, sila-sila la baca blog yang tak seberapa ni yee. :)

oraitt. kalini post more to kerohanian. tiba-tiba teringat masa form 5 dulu. ketika program Nadwah Kepemimpinan Islam yang ke-29 kat SBPI Kuantan. ada satu aktiviti ni, kami dipecahkan keberapa kumpulan untuk berkunjung keberapa tempat yang menarik sekitar Kuantan. antaranya UIAM, penjara, dan Maahad Tahfiz Pahang. dan alhamdulillah dapat la pergi ke Maahad Tahfiz walaupun haritu rasa nak ke UIAM.

nak pendekkan sikit cerita, terus la ke satu sesi ni, kitorang masuk ke satu blik musyawarrah diorang. dan kat situ ada ustaz yang share ilmu pasal al-quran. dan ada jugak sehelai artikel, yang ada tulis pasal Jenis-Jenis Bacaan Amin. terdapat 5 jenis bacaan amin sebenarnya dimana satu daripadanya boleh membuatkan solat kita terbatal jika mengamalkannya. so, lepas korang baca ni, fikir balik macamana korang aminkan al-fatihah waktu solat berjemaah yee.



so, bacaan Amin yang:

1- Aamiiin ("A" pendek, dan "Min" pun pendek)
maksud untuk Amin ni = orang yang amanah.

2- Aaamiiiiiiiiiiin ("A" pendek, dan "Min" panjang)
maksud untuk Amin ni = perkenankanlah.

3-  Aaaaaaamiiin ("A" panjang, dan "Min" pendek)
maksud untuk Amin ni = berimanlah.

4- Aaaaaaammmiiiiiiiin ("A" panjang, "Min" panjang, dan mim di"sabdu"kan)
maksud untuk amin ni = menuju ke suatu tempat.

5 - Eemiinnnn (Alif di Imlahkan)
maksud tak tahu ada ke tak.
tapi cara bacaannya, A tu di lencongkan(bukan disengaukan)
Imlah bermaksud lencong.



kalau korang perasan, setiap kali solat berjemaah, Amin yang biasanya digunakan oleh makmum adalah Amin yang ke 3. kann? tapi itu bukanlah Amin yang baik. bacaan yang baik adalah,
bacaan yang ke 2. sebab apa? sebab ianya perlu disebut dengan mengikut hukum Mad yang betul. ("A" - Mad Asli, "Min" - Mad Aridh). and tengok maksud pun dah jelas, "perkenankanlah". so, inilah Amin yang sepatutnya  kita semua (sama ada jadi Imam or Makmum) guna. tapi. . . . . .

jangan pulak kita Amin dulu daripada imam. and jangan Amin lepas imam pulak. -.-. bacaan yang terbaik adalah bacaan Amin yang seiring dengan Imam. sebab apa? sebab ada sebuah hadis yang menyatakan tentang Amin yang seiring dengan bacaan Imam ni. diamana sesungguhnya para malaikat membaca Amin, seiring dengan bacaan Imam. dan barangsiapa yang membaca Amin sama dengan bacaan Malaikat, maka Allah mengampunkan dosa-dosanya yang terdahulu (Bukhari & Muslim).

dan, bacaan Amin yang membuatkan solat korang terbatal adalah, bacaan yang ke 4 tuu. disebabkan "Mim" tu korang baca dengan bacaan sabdu, maka secara auto solat korang batal. so, ingat-ingat la yee. jangan disebabkan Amin je, korang punya solat da terbatal. pahala tak dapat. yang dapat hanya penat je laa.

inilah sedikit sebanyak ilmu yang dapat dikongsi. so bila korang da baca ni, korang boleh la share-share kat kawan-kawan korang ke, family korang ke, abang korang ke, jiran-jiran korang ke, dan lain-lain yang bergerlar muslim tu yee. walaupun nampak macam simple, tapi ianya penting sebenarnya.

-so, renung-renungkan dan, selamat beramal! *cewahh. :p

well, that's all for now



Assumption No. 19:
I've accepted all the decisions,
with full of respects.
And definitely for your studies.

-but it seems like useless right?



thanks for reading and see YOU again in the next post yee. :)
Adiouszx and Salam Alaik!




0 comments:

Total visitors

Followers