Sunday, December 25, 2011

Dosa-dosa yang kita tak sedar. (Part 1)

Assalamualaikum and heyy pembaca.

Current mood: Confused.
Current song: A Thousand Years - Christina Perri.

alhamdulillah, hari kedua untuk update blog berjalan dengan lancar dan jayanya. hehe. kalau semalam cerita pasal Amin yang boleh batalkan solat, harini nak share pasal beberapa dosa-dosa yang kita tak sedar. yupp. sebenarnya, dalam sedar tak sedar, kita banyak buat dosa. memang tak boleh dinafikan kann? and memang da sifat manusia ni lupa, leka dan lalai kann. sebab ada pendapat yang Insan ni asalnya dari perkataan "Nasiya" (bahasa Arab) yang bermaksud lupa. so, nak taknak terima je laa. kalau taknak terima, jangan jadi manusia yee. :p

okayhh. nampak perkataan "Part 1" kat title tuu? bagus kalau nampak. mengikut plan, nak bahagikan tajuk ni kepada dua posts. satu yang korang tengah baca ni, and satu lagi akan diupdate esok atau hari-hari seterusnya. al maklumlah, nama pun manusia. banyak benda yang lupa.
*even sebenarnya nak elakkan daripada tak update blog ni. :p


____
_______________________________

so, ni adalah beberapa dosa-dosa yang kita dah buat tanpa kita sedar. and focus untuk kali ni adalah berhubung dengan solat.



1- Solat di hujung waktu
contohnya waktu Zuhur, kita solat time hujung-hujung waktu sampai nak masuk Asar. yupp. memang boleh. tu pun kalau sebab ada kerja-kerja yang takboleh nak dielakkan macam tengah jawab exam ke, and buat benda yang penting-penting. tapi kalau sengaja memang tak boleh laa. contoh sengaja? main game, beronline chatting bagai, dan sewaktu dengannya. dan Allah da sediakan Neraka Wail bagi orang yang solat. dan antara penghuninya adalah orang-orang yang sengaja melewatkan solat. eeeeee. takutnyaaaa. :(

2- Solat tak khusyuk
memang susah nak mencapai khusyuk dalam solat kann? kadang-kadang tengah solat, tiba-tiba teringat kat benda lain. teringat kat rumah laa, awek or pakwe laa, kucing belakang rumah laa. dan sebagainya. ada satu kisah dimana
"Rasulullah S.A.W pernah mencabar para sahabatnya untuk solat dengan khusyuk dan siapa yang berjaya, Rasulullah akan menghadiahkan antara serban baginda. maka hanya sorang je yang berani menyahut cabaran tu, iaitu Saidina Ali. maka Saidina Ali solat dengan khusyuknya sehinggalah sampai nak bagi salam, dia teringat akan serban yang baginda nak hadiahkan tuu (warnanya)."
maka gagal la Saidina Ali dalam menyahut cabaran baginda. berdasarkan cerita kat atas ni, kita kenalah berusaha untuk mencapai tahap khusyuk dalam solat ni.

3- Membuat solat orang lain tak khusyuk
ahhaa. ni memang paling susah kita nak sedar. tahu-tahu ada orang sekeliling kita yang tengah solat ni, tak khusuk disebabkan kita sendiri. contoh yang paling jelas yang selalunya kita buat adalah buat bising. yupp. tengah syok-syok jerit-jerit, cakap dalam telefon, tiba-tiba ada orang tengah solat yang ada kat situ. sah-sah solat orang tu tak khusyuk kann. and sah-sah kita yang berdosa.

okayhh. contoh seterusnya pakaian kita sendiri. ni fokuskan time solat berjemaah laa. situasinya kita pakai baju yang ada corak-corak kat belakang. tulisan-tulisan bagai tu semua. kalau kita kat saf belakang sekali takpela jugak. so, confirm la orang yang kat belakang kita tu tertarik dengan baju kita tu kann. even baju kita tu murah beli kat pasar malam jee. -.-'. makmum belakang kita tu pun syok je menghayati apa yang ada kat belakang baju tuu. situasi ni perempuan terselamat sebab pakai telekung kann. untung laaa. :p

and satu lagi, nafas kita. pastikan la nafas kita tu dalam keadaan yang menyenangkan. maksudnya tak mempunyai bau yang boleh mengganggu orang yang dekat dengan kita. nak-nak makan petai banyak-banyak pulak kann. pehh. kalau ye pun, gosok la gigi dulu or makan la gula-gula dulu ke before solat tuu.
owh yee. ada situasi yang berlaku waktu solat jumaat haritu. ada kat sebelah ni seorang pakcik. agaknya before solat tu, dia hisap rokok kott. then bila time solat tuu, pehh. bukan main lagi bau nya. nasib baik time tu pakai minyak atar yang boleh cover sikit bau rokok tuu. adoiyaiii.

so kepada para pembaca sekalian, take note ye pasal point yang ketiga ni. :)

4- Pergerakan dalam solat
okayhh. yang ni pun jangan ambil mudah yee. kadang-kadang kita tak sedar yang kita melakukan pergerakan lebih dari 3 kali(selain daripada rukun). sebabnya kita tengah syok menggaru, urut-urut, usap-usap dan sebagainya. takpun tiba-tiba ada serangga yang menggelikan hinggap kat badan tuu. ada orang yang sampai melompat. haha. siapa la tuu. :p. and bukan tu jee. kadang-kadang cara pergerakan kita dalam solat tu pun boleh salah. contohnya cara kita sujud. ada 7 anggota badan yang mesti sentuh bumi iaitu 1- Dahi + hidung(1), 2&3- Dua tapak tangan, 4&5- Dua lutut, dan 6&7- Dua hujung kaki. time nak sujud tu, sepatutnya lutut kita yang sentuh bumi dulu dan kemudian barulah kedua tangan kita. jangan kedua tangan yang sentuh dulu sebab ianya seperti gaya unta.
*sebenarnya banyak lagi. kalau nak cerita semua memang panjang berjela. tu baru sujud je tuu. so kalau korang nak tahu, korang boleh search je kat google yee. takpun tanya je saya. kalau segan tanya la orang lain yang tahu. :)

___________________________________

hrmm. ni just sebahagian kecil je daripda dosa-dosa yang kita tak sedar dalam solat ni. sebenarnya banyak lagi. yang kat atas ni semua yang perlu ditekankan. sedangkan kita solat pun boleh mendatangkan dosa kann. kalau tak solat langsung tu lagi la kann. so, ni la antara peringatan untuk semua orang termasuk la diri sendiri. so, kalau ada lagi benda-benda yang perlu dikongsi, akan di update pada esok hari yee. and untuk entri esok, inshaAllah saya akan kongsi diluar dari konteks solat ni. and inshaAllah lagi menarik. hehe.

well, sampai sini je la yee.



Assumption No. 20:
It's kinda pathetic
when 2 friends or close friends 
or "friends",
 act like strangers to each other.

-in drastically especially.




so, that's all folks! thanks for reading this entry. :)
see YOU again in the next post kayhh.
Adiouszx and Salam alaik.




0 comments:

Total visitors

Followers