Monday, December 26, 2011

Dosa-dosa yang kita tak sedar. (Part 2)

Assalamualaikum and hey heyyy para pembaca.

Current mood: Sick.
Current song: Haruskah - Adam.

yeayyy. 3rd update and also 3rd entry for this mid semester break! ^^,
seperti yang dirancang, entri untuk harini adalah sambungan daripada entri semalam. iaitu pasal dosa-dosa yang kita tak sedar kita buat, tapi dikhususkan dalam konteks ibadah solat. so untuk entri yang ni, akan dikongsi tajuk yang sama, tapi konteks yang lain, iaitu dalam rutin harian kita sendiri. harap-harap korang tak bosan la ye baca and niat dihati untuk berkongsi ilmu, bukan menyindir. :)

dahh. teruskan (asik membebel jee)
___________________________________


1- Tak jaga/tutup aurat dengan sempurna
korang tutup aurat? bagus. i loikeee. tapi, macamana caranya? okayhh. semua orang tahu yang

aurat lelaki - dari ATAS PUSAT hingga BAWAH LUTUT. 
aurat untuk perempuan - SEMUA kecuali TAPAK TANGAN dan MUKA. 

kann? alhamdulillah lelaki ni senang je nak jaga aurat mereka. tapi sayangnya ramai antara kita ambil remeh jee. ish ish ishhh. yang perempuan pulak? okayhh. secara jujurnya saya mengaku aurat perempuan ni agak susah nak jaga. and kebanyakan orang yang free hair or pakai baju lengan tiga suku, or pendek, or baby-T terutamanya bagi alasan rambut tengah basah, panas dan sebagainya. haa. kan kat situ dah nampak yang anda telah melakukan dosa. tak sedar kann? takpee. kan sekarang da tahu. so, nilai balik diri kita semua yee. :)


2- Mencarut
ahhaa. yang ni sangat biasa bagi kalangan lelaki. jalan sikit, dengar perkataan kesat berkumandang. jalan depan lagi, dengar lagi tapi versi yang lain. aduihhh. macam-macam jenis ada. biasanya kita akan terlepas perkataan benda yang berdosa ni time kita tengah marah. yee. saya mengaku saya pun mengalaminya. -.-'. and benda yang paling ketara yang didengari adalah - B.A.B.I. okayhh. perasan tak bila ada orang tegur pasal BABI tu, kita akan reply,

"alaa. relaks suda. nama binatang je kott. bukannya mencarut pun"

korang tahu kan yang babi tu adalah najis mughalazah and partner dia anjing? tapi korang tahu tak yang babi tu adalah binatang yang lebih hina dari anjing and lebih dikeji oleh Allah? sedangkan Allah dah kategori kan sebagai haiwan yang sangat tak elok, kenapa kita ni pulak relaks je sebut-sebut? macam mengagungkan la pulak babi tuu. kesian orang-orang yang dibabikan tuu. babi kalau boleh cakap pun boleh marah kott. -.-

okayhh. sounds like not so logic kann? okayhh. macamni, cuba kita fikir, kalau kita mencarut tu mesti sebab kita tengah bengang kann? bila tengah bengang tu syaitan pun mesti suka kann? and time tu jugak, kita mengeluarkan perkataan or ayat yang sangat tak sedap diterima telinga orang. so maknanya niat korang tu memang nak mencarut. so bila korang sebut babi tu, ianya dikira sebagai carutan. then bila da mencarut, hukumnya berdosa. so tak perlu korang berdalih and dengan egonya kata "alaa. relaks suda. nama binatang je kott. bukannya mencarut pun". sebaliknya, beristihfar la yee.

*aku sangat taksuka kalau dengar PEREMPUAN mencarut.

3- Pakai gelang / rantai (lelaki)
based on my observations, ada golongan lelaki yang pakai rantai, ada yang pakai gelang, and ada jugak yang pakai kedua-duanya sekali. tapi hanya segelintir. ye, saya mengaku yang saya pernah pakai gelang pada suatu ketika dulu (Part 1). -.-'. tapi rantai tak pernah yee. :). so sebenarnya, lelaki haram memakai rantai, dan juga gelang pada anggota badannya. nak-nak kalau niat nak menunjukkan kat orang yang korang ada gelang or rantai tuu.

ada terbaca satu hadis dimana
 Rasulullah tegur seseorang yang pakai gelang, dan orang tu kata gelang tu adalah untuk tujuan perubatan. then baginda reply, buang gelang tu daripada tanganmu kerana ianya langsung tak membantu sebagai ubat kepada penyakit kamu.
lebih kurang macamni la hadisnya. nak lagi detail google or tanya para ustaz yang lebih berilmu tu yee. :)

so takkan kita sendiri nak menolak hadis? tapi sebenarnya kalau betul ada gelang yang boleh jadikan sebagai ubat kepada penyakit korang, takpe rasanya kalau pakai. sebab bagi mengelakkan mudarat. tapi apa-apa pun berserah je kepada Allah yang Maha Berkuasa.

cincin pulak? okayhh. tiada larangan untuk lelaki or perempuan untuk pakai cincin. and sunnah nabi pakai cincin pada jari manis or jari kelingking. jangan pakai kat jari hantu! sebab ianya merupakan dosa yang kita tak sedar.


nasihat la mana-mana rakan lelaki anda yang memakai gelang or rantai tu yee.

4- Mengumpat / mengutuk
ahhaa. yang ni sangat basic bagi kita and sangat kita susah nak sedar. sebab apa? sebab da syok mengumpat or mengutuk tu, memang tak la nak ingat dunia. even akhirat. dan ni jugak la benda yang susah untuk kita elak. so, taknak huraikan banyak-banyak, sebaiknya sedar-sedar and ingat-ingat la sendiri yee. hehe.


5- Nyanyi (perempuan)
memang seronok menyanyi ni. dapat release tension. and menyanyi ni jugak boleh mendatangkan dosa. terutamanya perempuan. sebab apa? suara tu kan adalah aurat bagi wanita. tahu? kalau tahu, kenapa korang dedahkan suara korang yang merdu tu kat lelaki yang bukan muhrim? sorry la yee. bukan nak halang korang nyanyi. tapi boleh jee. just make sure korang nyanyi tu tanpa ada lelaki-lelaki yang bukan muhrim korang. senang cerita, korang nyanyi je la dengan kawan-kawan perempuan korang. kat bilik mandi kee (tak tahu la kalau bilik mandi ada lelaki)

situasi ni senang tengok kalau time ada pertandingan or takpun berkarok. saya macam biasa, kalau keluar dengan perempuan, memang takkan ajak untuk berkarok. tapi kadang-kadang mereka sendiri yang ajak. maka dalam hati ni tiba-tiba timbul

"mak aihh. betul ke ni? biasanya perempuan malu nak tayang suara ni"

sedangkan saya yang lelaki ni pun rasa malu kot nak berkarok kalau ada perempuan. and ada orang boleh kata 

"ekeleh kau ni. macam perempuan la pulak aku tengok"


tambahan ilmu:
-keringanan aurat seseorang wanita itu adalah pada tiga perkara, iaitu - soal ilmu(belajar), soal perubatan, serta soal urusniaga.

bukan tak kasi korang nyanyi-nyanyi, cuma nak tekankan pasal dosa yang kita tak sedar tu jee. nak nyanyi, nyanyi je laa. tapi make sure jaga jugak aurat korang tuu. even time korang nyanyi pakai pakaian yang menutup aurat.

___________________________________


cukup 5? kalau tak cukup, anda sangat dialu-alukan untuk tambah sendiri kat ruangan komen bawah ni. and kalau ada benda nak tanya ke, jangan malu-malu. isi je kat comment box tu, then click submit. then you're done. mudah je kann? :)

lagi sekali bukan niat untuk menyindir, cuma berkongsi and saling memperingati manusia dan diri ni sendiri. manusia semua dikurniakan akal untuk berfikir, maka berfikirlah secara rasional dan sebaiknya yee. so tangan pun da letih menaip panjang-panjang ni. setakat ni je la yee.



Assumption No. 21:
Who I am for yesterday?
Who I am for today?
And who I am for tomorrow?


-ever thought about this?



okayhh. that's all folks! thanks for reading kayhh.
see YOU again in the next entry. :)
Adiouszx and Salam Alaik!




2 comments:

Total visitors

Followers