Saturday, December 31, 2011

KIKI dibunuh oleh BABY!

Assalamualaikum and heyyoooo!

Current mood: Exhausted + Sad.
Current song: My Heart Will Go On - Celine Dion.

nampak macam happy kann? tapi sebenarnya sedih. sebab salah seekor burung daripada tiga ekor telah kembali ke rahmatullah. nama dia KIKI. macamana dia boleh mati? dia mati disebabkan oleh dua ekor burung yang bernama BABY. hrmm. kalau korang ada baca blog ni dulu, saya ada update pasal binatang peliharaan yang ada kat rumah ni. kalau nak baca, sila klik SINI 


kisahnya macamni, tadi sepanjang hari ada kat luar bersama siblings and abang ipar. tak kemana pun sebenarnya. just ke majlis perkahwinan kat Sentul, and melawat nenek kat Cheras. mak, ayah and adik ada je kat rumah disebabkan ada urusan yang perlu diselesaikan. dalam pukul 5.30 lepas asar tu kitorang pun balik la rumah. *nak tahu perjalanan and pukul berapa semua, boleh tengok kat Twitter Saya. okayhh. saje nak promote. :p


so, sampai je kat rumah, lepas bukak kasut, macam biasa laa. mesti kena tegur mereka(Baby and Kiki) ni dulu. lepastu tengok-tengok Baby berdua je. taknampak Kiki. then tengok bahagian bawah, nampak Kiki tengah terbaring. biasanya kalau tarik ekor dia, dia akan marah. tapi kali ni takde respon. tapi mata dia terbukak. maka tengah penat-penat ni, masuk la dalam kejap tanya mak. mak kata tadi Kiki tu bergaduh dengan Baby yang biru. *Baby ni ada dua. satu Kuning, satu lagi Biru.
terkejut jugak gaduh-gaduh boleh sampai mati si Kiki tuu.

tapi lagi sedih, and geram, bila si Baby Biru ni pergi tarik-tarik si Kiki yang dah mati tuu. mungkin dia rasa bersalah, and cuba untuk kejut Kiki tuu. tapi dah terlambat la kann. yang sedihnya, burung pun ada rasa bersalah bila da buat salah. tapi yang geramnya, time tu baru dia menyesal. haihh. dah terlambat la Baby.

maka saya dengan sedihnya keluarkan la Kiki tu dari sangkar tu dengan tujuan untuk dikebumikan. memang masa pegang tu, takde respon langsung. tarik kepak dia pun takde effect. kejung dan kaku. memang sah la da tak hidup tuu. aduhaii. sebenarnya first time kebumikan burung. sebelum ni just kebumikan kucing jee. so saya pun pergi la kebelakang rumah untuk tanam.

Gambar terakhir Kiki

yang dibunuh oleh


Baby Kuning dan Baby Biru

maka dengan itu selesai la tanam si Kiki.  sebenarnya, Kiki ni baru je dimasukkan dalam sangkar baru tuu. tak sampai sebulan pun. si Baby ni pulak, mereka da lama da. nak setahun da. mungkin sebab tak ngam kott. tu yang asik bergaduh jee. masa Kiki baru masuk haritu pun, tengok diorang ni macam tak bergaul. ingatkan bila bawak seekor betina, si dua ekor jantan ni nak tackle. kot-kot da kahwin, dapat anak, best la sikit. tapi tak. keegoan mereka agak terserlah. haha. takpun mereka berdua Gay kot? :p. lalalala.

owh yee. lepas da selesai kebumikan arwah Kiki tadi, time nak mandi baru perasan yang tangan kanan ni melecet rupanya akibat mencangkul tadi. -.-'

hrmm. kesian Kiki takdapat sambut tahun baru. meninggal ngam-ngam je 31/12/11. tapi takpelaa. sambut tahun baru di syurga ya Kiki. kami sentiasa ingat anda. :')

hrmm. sebenarnya nak update pasal tahun baru harini. tapi hati ni nak buat entri pasal Kiki pulak kann. so takpelaa. esok-esok je la yee. apa-apa pun, selamat menyambut tahun baru. muhasabah la diri anda pada tahun ni bagi memastikan azam anda untuk tahun baru ni akan mudah tercapai. inshaAllah. sama-sama la kita berdoa yee.

well, setakat di sini sahaja lah yee. masih sedih sebenarnya even da melantak burger ayam special cheese, ayam seketul, and laksa kedah tadi. hehe.


that's all folks!
thanks for reading kayhh. :)
Adiouszx and Salam Alaik.




0 comments:

Total visitors

Followers