Wednesday, December 28, 2011

Maxis yang agak pelik.

Assalamualaikum and huitt.

Current mood: No appetite.
Current song: If This Was A Movie -Taylor Swift.

okayhh. fifth update just nak cerita pengalaman yang agak pelik. hope korang faham laa. hehe. kisahnya bermula. . .

hari isnin haritu, mak and ayah pergi ke TESCO belakang rumah ni, then message la diorang suruh belikan susu kotak. sebab nak minum dengan weight gain. :p. then biarkan la phone kat bilik sebab da tahu takde siapa nak message or even call kann. then bila mak and ayah da balik, masa nak solat zohor, tengok2 phone ada dua missed calls, daripada "Madre" (nama kat phonebook). pelik jugak mak miss call ni. tapi abaikan je laa. asalkan da dapat susu nya. :D

then tadi pulak, message lagi mak suruh belikan lagi susu. alang2 pergi tesco lagi kann. lagipun sebab susunya da habis. :p. lepastu tiba2 ada orang call back pakai number celcom. . .

Saya: Assalamualaikum.
Dia: Waalaikumussalam. ni siapa yee?
Saya: Ni naim.
Dia: Naim mana yee?
Saya: Muhaimin Naim. ni siapa yee?
Dia: Saya Lan. nak tanya ni, haritu awak ada mintak belikan susu, tadi ni pun awak mintak belikan susu. kenapa yee?
Saya: Ehh? yekee? sebenarnya saya nak send kat emak saya message tuu. tapi maybe saya salah send kott.

** padahal saya send ikut number kat phonebook tuu. takkan boleh salah pulak? -.- **

Dia: Owhh. yekee. hrmm. takpela kalau macam tuu. masa awak message saya isnin haritu pun saya ada call awak dua kali. tapi awak tak jawab.
Saya: Owhh. sorry yee. saya memang message mak saya sebenarnya haritu. terima kasih ye gtahu. Assalamualaikum.
Dia: Okayh2. takpe2. waalaikumussalam warahmatullah.

Then rasa malu la sikit. akak yang dengar conversation tadi tu pun plik. -.-

lepastu ada lagi dapat call. terharu jugak ada orang call ni. haha. tapi yang call nya dari melaka sebab startnya 06. . . .

Dia: Hello, assalamualaikum. sebentar yee.
Saya: Waaalaikumussalam. okayh okayhh.

talian dalam keadaan Hold, sebab nak sambungkan talian kott. agaka lama tunggu. -.-. lepastu orang lain angkat.

Dia: Assalamualaikum, ni yang tadi tu yee?
Saya: Err. ye kott. saya naim.
Dia: Owhh. betul la tuu. takpe-takpe. sorry yee.
Saya: Ahhaa. okayh2. assalamualaikum.
Dia: Waalaikumussalam.

tiba-tiba terfikir nak tanya dia pakai number phone apa. kot kot number dia sama dengan number mak ke kann. :O. lepastu papp, dapat lagi satu call. -.-. number yang sama, 06. . . tuu.


Dia: Hello, assalamualaikum. sebentar yee.
Saya: Waaalaikumussalam. okayh okayhh.

talian dalam keadaan Hold, sebab nak sambungkan talian kott. agaka lama tunggu. -.-. lepastu orang lain angkat. -> ayat yang sama. memang, sebab copy paste. :p. tapi memang benda yang sama pun terjadi lagi. kemudian. . .

Dia: Assalamualaikum, siapa ni?
Saya: Waalaikumussalam warahmatullah. ni saya yang tadi tuu.
Dia: Tadi? tadi mana?
Saya: Awak yang call saya tadi kann? nak tanya ni, yang haritu saya message kat number awak tu, awak pakai number apa ekk?
Dia: Ehh. bila masa pulak. ni pun awak yang call saya kan? ni number office dik. tak boleh terima message. ni sebenarnya pejabat Majlis Agama Melaka.

** makin pelik pulak benda ni -.-. tiba masuk majlis agama pulak. :O **

Saya: Ni Lan ke siapa ni? 
Dia: Saya Nas. bahagian perkuburan. biasanya orang call saya ni nak tempah kubur jee.

** Mampusla aku call ni macam nak tempah kubur pulak -.- **

Saya: Owhh. yekee. takpela kalau macamtu. minta maaf yee. sebenarnya saya ni disambungkan je talian ni kat awak.
Dia: Owhh. yekee. hrmm. takpe la kalau macamtu. pelik jugak saya ni.
Saya: Ahhaa. tu laa. terima kasih yee. Assalamualaikum.
Dia: Okayhh. waalaikumussalam warahmatullah.


hrmm. gila tak gila. maxis yang pelik. send kat mak, tapi pakcik kat Majlis Islam Melaka yang dapat message. dah la tanah kubur. seram la sehh. macam nak tempah kubur awal pulak. haha. hrmm. korang pernah ke alami benda ni? kalau ada share la dengan saya yee.




so, that's all folks!
thanks for reading kayhh. :)
Adiouszx and Salamun Alaik.




0 comments:

Total visitors

Followers