Thursday, December 29, 2011

Seharian berjalan.

Assalamualaikum and hoi hoiii!

Current mood: Exhausted but enjoyed.
Current song: Janji - Akim.

wahh. harini sangat penat berjalan. so nak update blog pun rasa macam penat jugak. tapi saya paksakan diri saya untuk update jugak blog nii. amacam? bersemangat takk? :p

hrmm. memandangkan tengah penat, so just update pasal jalan-jalan tadi tu la yee. kisahnya bermula macamni,
plannya berempat untuk pergi ke KLCC and berkumpul kat sana pada pukul 10.30. tapi, tiba ada sorang ni takdapat nak bersama pulak. iaitu Afiq Mahat. da la lama tak berjumpa. tapi takpelaa. nak buat macamana kann. then still proceed but bertiga je la kann. :/. iaitu bersama Syed Harith serta Ahmad Ghazie. okayh la dapat jumpa diorang ni kann. terutamanya Ghazie sebab da lama tak jumpa. :').

first planned nak ke KLCC tu via LRT jee. but memandangkan ada kereta tengah takde orang guna, + sekian lama tak bergerak jauh, so just drive je la kereta ke KLCC tuu. nak nak minyak tengah full tank pulak kann. pehh. lagi la seronok. hehe. sebenarnya ingat-ingat lupa jalan nak ke KLCC tuu. maklum la tak pernah drive ke sana. biasanya mak or ayah je yang bawak masa kecik-kecik dulu. :/. tapi nekad jugak pergi. ingat-ingat lupa je la jalannya. alhamdulillah sampai la jugak kat KLCC tuu even agak tak confident sikit jalan nak ke situu. :D.

sampai-sampai sana, lepas da jumpa mereka berdua tu, ingatkan nak proceed lepak-lepak kat KLCC. tapi last-last ke TS jugak. memandangkan tiket parking kat KLCC ni mahal pulak kann.  then drive punya drive, dengan sesaknya kat KL tu, last-last parking je dekat Sungei Wang punya parking. sebab malas nak menghadap jam and tempat yang mahal untuk parking sebenarnya. kami sanggup untuk jalan kaki jee. hrmm. memang plan nya nak ke TS, tapi lepas da pusing-pusing kat dalam Sungei Wang tuu, last-last decide tengok movie kat Pavillion jee.

sebenarnya first time jejak kaki kat Pavillion tuu. :p

jalan punya jalan, sampai la ke Pavillion nya and decide la untuk tengok cerita The Darkest Hour. baru teringat yang student card tertinggal. tapi mereka berdua ni bawak jee. so diorang untung laaaaaaaaaa. tiket untuk adult RM14, but diorang sebab ada student card, dapat la RM9 satu. tapi mereka ni baik. so each of them treat me RM1. so I just need to pay RM12 only. okayh la kan daripada takde. :p. so nak cerita sikit pasal cerita ni, sebenarnya stylo, best and unique tauu. tapi yang membuatkan cerita ni sedikit spoil, ending dia yang agak tergantung. taknak cerita lebih. nanti korang tak surprise da nak tengok. so rating on this movie: 7.3 out of 10. (Y). owh yee. yang bestnya, kitorang dapat ticket yang betul-betul on time -> 11.30PM. :)

okayhh. habis je cerita tuu, jalan kaki la ke Sungei Wang balik sebab nak lunch. masing-masing perut da lapar. nak-nak Ghazie tu haa. macam dia sorang je yang lapar. -.-. selesai je makan, borak-borak and gelak-gelak, so kami gerak pula ke TS dengan hanya jalan kaki lagi. nasib baik tak jauh. :p. datang kat situ firstly cari tempat untuk solat zuhur sementara masih sempat.

habis je solat, yang Ghazie ni ajak main bowling. pehh. memang tak la nak main. sebat terlalu hebat la kata kann. mana tak nyaa. saya ni selalu strike je kalau main bowling. strike ke longkang laa. :p. then teman la Syed Harith main archery kejap. tahniah la ye Syed. hehe. then tak tahu nak pergi mana, so pergi la ke arcade. okayhh. part ni memang best. sebab saya menang lawan Daytona dengan Ghazie. owh yee. satu lagi sebab main table hockey tuu. lawan dengan Ghazie da macam bergaduh daa. nyonya kat situ siap pandang pelik lagi. mana tak nyaa. kami main benda tu macam nak dapatkan hadiah jee. siap berpeluh lagi. haha. tapi yang penting best.

lastly, nak balik, hantar Ghazie ke LRT kat Ampang Park, then bawak Syed kerumah untuk lepak-lepak kejap. sebenarnya nak transfer movie Ombak Rindu dari DVD yang dia baru beli tu jee. hehe. thanks Syed. and yang untungnya, dapat la rasa mihun soto makcik ogy ni kann? hehe. selesai transfer movie tu, and makan semua, hantar la Syed ke LRT sambil ambil kakak yang baru balik dari kerja.

so ni je la sedikit sebanyak cerita pasal perjalanan tadi. dapat jugak keluar. even tak keluar dengan orang tuu. :/. penat jugak cerita benda ni. bertambah lagi penat. well, sampai kat sini je la yee. anda semua pun macam bosan je baca benda ni. hrmm. takpelaa. lain kali inshaAllah akan lagi menarik. :)



so, that's all folks!
thanks for reading kayhh. :)
Adiouszx and Salam Alaik!



4 comments:

  1. uit naim...dah xde assumption lagi ke??

    ReplyDelete
  2. rasa macam tak perlu. tengok la macamana nanti. -.-'

    ReplyDelete
  3. ok je..tu yang aku bace sebenanye..best..=)

    ReplyDelete
  4. owhh. ahhaa. inshaAllah akan ada balik nanti.

    ReplyDelete

Total visitors

Followers