Tuesday, November 6, 2012

The ACM-ICPC Story.

Assalamualaikum and heyy readers.
Lagi tiga hari jee. #IfYouKnowWhatIMean

Current mood: Hungry.
Current song: Carry On - Fun.

Seperti yang dijanjikan, blog ni akan di update selepas saya selesai National Programing Contest dekat Shah Alam haritu. Dan entry kali ni adalah sekadar rumusan untuk contest tuu. Maka, inshaAllah pendek je lah post kali ni.

Jumaat, 2 November.
Bertolak dari LRT Pandan Jaya lepas ambik 3 orang yang tumpang sekali dalam pukul 3.40 macamtuu. Lalu Federal Highway dan semestinya jalan jam hampir sepanjang highway tuu. Gear 1 and 2 jee. Sampai ke Intekma Resort dalam pukul 5 disebabkan ada sesat sikit. Lepas solat Asar, keluar dengan Azlan, Hasan and Fad pergi Pasar Malam. Lepastu malam keluar lagi sebab nak discuss and study. Saya pun ajak lah Anas since rumah dia dekat je dengan Intekma tuu. Makan and discuss dekat Restoran Lawangsari.

Sabtu, 3 November.
Breakfast ramai-ramai dekat cafeteria resort tuu. Pukul 9.30 macamtu baru bergerak ke kampus dengan 2 kereta. Sampai-sampai register, jumpa bekas pelajar UiTM Segamat, Opening Ceremony, Lunch, Mock Session. Mock Session ni kiranya macam rehearsal untuk official contest esoknya. Kitorang didedahkan cara nak submit guna PC^2 dan diberi 3 soalan dalam masa satu jam setengah. Soalan tu kiranya senang lah sebab banyak jugak team yang dapat jawab semua tiga soalan tuu. Team saya berjaya jawab 2 soalan dengan sekali percubaan dan soalan terakhir tu tak sempat nak habiskan. Actually masa mula-mula tu ada masalah dengan C++ punya compiler. So terpaksa guna JAVA untuk semua soalan. Tapi kira a great start jugak lah.

Malam keluar lagi dengan Hasan, Fad and Anas. Lepas beli tiket dekat terminal time hujan tuu, kitorang pergi makan pulak. Kalini pergi McD konon-konon nak stay situ lama sikit untuk study. Tapi disebabkan takde power point yang available untuk kitorang, at last study dekat bilik jee.

Ahad, 4 November.
Plan 7.45 nak bertolak. Tapi dalam pukul 8.10 baru bertolak. Check-out apartment, sampai campus, Breakfast, Registration, pukul 9 start contest. Nervous tu for sure. Still ada problem dengan C++, so agak psycho sikit. Tengok soalan semuanya susah-susah belaka. Try jawab yang paling senang tapi tiba-tiba sangkut time hujung-hujung. Sampailah soalan yang keempat. Since soalan yang lain lagi susah maka kitorang focus kan balik dekat soalan-soalan yang kitorang skip tadi.

Soalan I - Fibonacci.  
Dah dapat output yang sebijik dengan test data yang diorang bagi. Siap diorang punya test data ada yang salah. Dah hantar dalam 3 kali still rejected. Kitorang asik buat clarification je dekat judges. Macam main Twitter pun ada dekat PC^2 tuu. Malas nak bazir masa dah, kitorang pergi ke soalan lain.

Soalan C - Booth Rental.
Godek punya godek coding tu, finally dapat jugak siapkan. Tapi bila submit, rejected jugak sebab Time Limit Exceeded. Kitorang pun tak didedahkan sangat dengan error yang ni. Tapi boleh tahu lah maksudnya coding tu kena effisyen and sependek yang mungkin. Kitorang baru tahu yang error ni pun diambil kira jugak.

Dua soalan tu je lah harapan kitorang. Soalan lain semuanya memerlukan daya logik yang sangat-sangat tinggi. Kalini memang susah soalannya. Mana taknya, team yang dapat nombor satu hanya dapat selesaikan 2 soalan jee. Dan ada 3 kumpulan je yang dapat jawab 2 soalan. Kalau dibandingkan dengan tahun-tahun yang lepas, 2010 first team dapat selesaikan 8 soalan. 2011 first team dapat selesaikan 9 soalan. Then sampai tahun ni, first team dapat selesaikan 2 soalan sahaja. Nampak tak permainan dia?

Pada mulanya memang kitorang agak kesal lah and nak argue dengan judges. Kalau kitorang dapat selesaikan 2 soalan tu inshaAllah paling kurang pun dapatlah 3rd Place. Tapi nak buat macamana kann. Redha je lah dengan ketentuan ni. :')

The Logics Complexity.


Habis je event tu rasa penat and ngantuk sangat. Maka plan lah untuk balik esok jee. Sempat lah jalan-jalan kejap dengan Hasan, Fad and Anas sementara menunggu waktu makan and then hantar diorang ke Terminal.. Lepastu tumpang lah rumah Anas untuk satu malam. Nasib baik ada kawan yang boleh tumpangkan rumah. Kalau tak tidur dalam kereta. Hehe.

Isnin, 5 November.
Lepas mandi cermin mata jatuh. Bahagian bingkai yang retak tu dah officially putus. So cermin yang belah kanan ni asik terjatuh je bila terlanggar sikit. Haihhh. Pukul 10 dah bertolak nak balik rumah setelah puas mengkaji Google Maps. Sampai rumah dalam pukul 10.45 sebab banyak kereta even tak jam. Alhamdulillah tak sesat drive sorang-sorang and takde GPS. Huhu. Maka bermula lah semula kehidupan cuti dekat rumah iaitu jadi part time driver adik ke sekolah.

Contestant and Secretariat.

So, thanks a lot Anas sebab jadi tourist guide kitorang dan sudi tumpangkan rumah untuk saya satu malam. Jumpa lagi time Degree or grad nanti inshaAllah. ;)

Thanks a lot to Fad and Hasan sebab sudi jadi Team-mates.

Thanks to contestants yang lain sebab sudi join kan diri.

Thanks to Encik Malik sebab jadi pengiring and penasihat.

Thanks jugak dekat semua yang bagi semangat and support dari jauh. :)

InshaAllah ada rezeki lagi nanti, join lagi Programming Contest.



Assumption #30:
People tend to remember
 the good memories
more than the bad ones.

- and I'm in the bad ones.



So, that's all folks!
Thanks for reading. :)
Adiouszx and Salamun alaik.



0 comments:

Total visitors

Followers