Sunday, November 11, 2012

The Diploma's Result.

Assalamualaikum and hey pembaca yang happy dengan result masing-masing.

Yang sedih tu happy kan lah diri anda. Rugi tau kalau masih bersedih.

Current mood: Exhausted.
Current song: None.

"Amacam result?"
"How was your result?" 

The typical question that everyone will ask. Isn't it? And the expected answer should be

"Alhamdulillah." 

instead of 

"Biasa-biasa jee."

Maybe you've missed to read my previous entry. Well, never mind.

Anyway congratulations for those who got good result. And those waiting for his/her graduation day too. For those who less fortunate, chillax. Allah knows what's best for us.

So, what I'm going to write in this entry is all about my result for each semester, and a summary behinds it. Thus answering most typical questions.



First of all, niat untuk buat entry ni adalah sekadar kenangan saya yang boleh dikategorikan sebagai yang terbaik setakat ni. Kot-kot boleh refer balik bila dah berkeluarga sendiri nanti. Ehemm. Dan juga untuk meningkatkan lagi semangat para pembaca sekalian. Terutamanya yang masih berjuang.

Tiada langsung niat untuk menunjuk, riak atau yang sewaktu dengannya. Mohon dijauhkan. Bangga itu tidak salah. Yang salah itu adalah berlagak. And yes. Saya sangat bangga dengan pencapaian saya ni. Alhamdulillah.



Semester 1:
Highest grade: A+ (MAT210 - Discrete Maths)
Lowest grade: A- (ACC106 - Financial Accounting)
Number of A+: 1
GPA: 3.95
CGPA: 3.95
Result: Anugerah Dekan

Semester pertama semestinya kita masih segar dengan persekitaran yang baru. Terutamanya bagi pelajar seperti saya yang langsung tidak mempunyai apa-apa basic of Computer Science ni. Maklumlah saya ni pelajar Aliran Sains Tulen. Berjalan sana, berjalan sini adalah rutin mingguan sepanjang semester ni. Entah berapa kali tah overnight Melaka. Kisah cintan cintun pun ada terselit.

Tapi kat dalam kelas sentiasa focus. Even sometimes tu ada lah sakat-sakat orang. Well, sambil belajar mesti kena selit sikit sense of humour. Baru tak tension and kita akan lebih enjoy belajar.

MAT210 dapat A+ disebabkan saya always perform my best dalam setiap Tests and Quizzes. Maka dapat carry mark pun sejuk je mata. The highest carry mark ever I've got in my Diploma. Alhamdulillah. Sampaikan pergi ke bilik Miss Nurul yang kecik comel tu nak tanya soalan pun dia kata.

"Takpayah tanyalah. Mesti betul punya tuu. Awak dengan saya pun kan dah lebih kurang dah."

ACC106 dapat A- adalah seperti keajaiban bagi saya. Dengan berbekalkan carry mark yang tak sampai setengah. Which was the lowest carry mark ever I've got in my Diploma. Dan juga disebabkan mindset ni fikir tak suka dengan Accounting plus Group Assignment pun ada problem siap kena panggil satu group dengan Puan Vee. Dan disebabkan kena panggil tu saya tekad nak tebus kesalahan tuu. Dan apa yang saya lakukan adalah dengan belajar dengan pakar Accounting dalam kelas iaitu Fatin dan Botak dengan berpandukan beberapa set soalan Past Semester. Alhamdulillah Allah lancarkan pemahaman saya dan juga permudahkan saya menjawab final exam.

Masa check result tu tengok pointer macam takde perasaan. Sebab tak tahu pun pointer paling tinggi berapa. And memang fikir mesti ramai lagi yang dapat result lagi gempak. So funny.




Semester 2:

Highest grade: A+ (CSC138 - Structured Programming)
Lowest grade: B+ (BEL260 - Intermediate English)
Number of A+: 1
GPA: 3.77
CGPA: 3.86
Result: Anugerah Dekan

Senior ramai yang kata semester kedua ni tough. Firstly disebabkan 7 subjects and secondly ada dua subjects maths, iaitu Linear Algebra dan Calculus I. Itu faktor yang semua orang rasa. Faktor lain pula yang mana tak semua kelas rasa adalah faktor cara pensyarah mengajar yang kami rasa kurang ngam dan menyebabkan kami susah sikit nak faham. Tapi dalam masa yang sama ada jugak lecturers yang best seperti Ustaz Zainuddin, Encik Nazri dan Puan Yus. Dan juga faktor classmates yang happening dan awesome.

Puan Yus yang ajar CSC138 tuu. Dan saya rasa selesa dengan cara dia dan Alhamdulillah dapat score A+. Kepada juniors sekalian, nanti serbu lah kelas Puan Yus ni ye. Hehe.

The lowest grade was BEL260. Tak tahu mana silapnya. Mungkin sebab ambil ringan je subject ni. Dan juga waktu menjawab ni psycho dengan ramai yang keluar awal dekat DSP tuu. So nasihatnya dekat sini, jangan ambil ringan sangat subject yang kita rasa senang. Sebaliknya pastikanlah dapat score yang terbaik. Because every subject affects your GPA.



Semester 3:
Highest grade: A (3 Subjects)
Lowest grade: C+ (Calculus II)
Number of A+: None
GPA: 3.57
CGPA: 3.75
Result: Anugerah Dekan

Semester ketiga ni pulak kiranya zaman kejatuhan yang agak teruk bagi saya. Memandangkan semester baru so subjects pun baru lah kan. Sebagai contoh daripada C++ tukar ke JAVA. Ada juga faktor peribadi yang rasanya takperlu dinyatakan kat sini.

Semester ni takdapat score A+ langsung. Effort tak mencukupi untuk subject yang di target tuu.

Paling rendah adalah C+ iaitu Calculus II. Yes, takperlu terkejut. Saya mengaku yang saya ada beberapa kali ponteng kelas ni. Maklumah ada kelas pukul 2. So otak pun macam malas je nak belajar maths waktu macamtu. Alasan je tuu. Nasihatnya kat sini, any paper yang berkaitan dengan maths janganlah skip. Maths ni boleh dikatakan mustahil kalau korang nak score dengan cara belajar sendiri. Kalau tak percaya, try lah.

Actually sangat bersyukur lulus Calculus II ni. Sebab masa jawab final exam haritu memang fikir redha je lah kalau terpaksa repeat. Sebab saya ada biarkan 3-4 soalan kosong tanpa jawapan. Nampak tak gaya Kamikaze dekat situ?

Bukan nak kata Calculus II ni susah. Kalau susah, takkanlah kawan-kawan saya mampu score A+ kann? Congrats to them. :)



Semester 4:
Highest grade: A+ (CSC248 - Data Structures)
Lowest grade: A (All the others)
Number of A+: 1
GPA: 4.00
CGPA: 3.82
Result: Anugerah Dekan

Orang kata kalau dah jatuh tu buat lah sesuatu untuk kita bangkit. Semua orang nak merasa berada diatas. Tapi semestinya kita perlu merasa bagaimana berada dibawah terlebih dahulu. Dan akhirnya saya berjaya bangkit dengan penuh bergaya. Ehhh.

Mungkin sebab dah lega takde repeat and tak jumpa paper previous semester. Tapi sebenarnya semester ni ada dua killer paper bagi saya iaitu Operating System dan Database. Database agak sukar nak score untuk carry mark tapi soalan final exam haritu senang bagi saya. Berbeza pula dengan Operating System.

Dan saya tak pernah terlintas untuk dapat maximum GPA ni oleh sebab dua subjects yang tertera diatas. Tapi Alhamdulillah, sangat bersyukur selamanya.

Dapat semula score A+ iaitu untuk subject Data Structures a.k.a CSC248. Alhamdulillah.

Nasihat, tanggungjawab jangan dijadikan sebagai beban untuk kita berjaya.



Semester 5:
Highest grade: A+ (CSC301 - Visual Programming)
Lowest grade: B+ (ENT300 - Entrepreneurship)
Number of A+: 1
GPA: 3.84
CGPA: 3.82
Result: Anugerah Naib Canselor

Semester terakhir yang penuh dengan kenangan dan cabaran. Awal semester dikejutkan dengan pelantikan sebagai Presiden COMPASS dimana saya rasa sangat besar tanggungjawabnya. So terkial-kial nak balance kan academic and organization. Banyak perkara yang perlu difikir dan banyak juga masalah yang perlu diatasi.

Sampai satu masa saya terfikir yang semester ni pointer saya akan jatuh teruk. Tapi nasib baik saya sedar. Fikiran sebegitu adalah bagi mereka yang menganggap bahawa tanggungjawab itu merupakan satu bebanan dan penghalang untuk berjaya.

Actually semangat saya bangkit semula waktu dua bulan terakhir semester. Bila fikirkan semula yang tinggal satu semester je perlu untuk saya dapatkan DL so that saya boleh dapat ANC. Dan juga bila fikirkan balik parents saya yang pernah menyatakan hasrat untuk tengok saya dapat selempang masa Graduation Day nanti.

Saya target semester terakhir ni boleh score 2 A+s. Tak berjaya. Tapi masih bersyukur sebab ada jugak A+ iaitu subject Elektif, Visual Programming.

Grade terendah adalah B+ iaitu subject Entrepreneurship. Agak kurang berpuas hati. Ahli kumpulan kami je yang tahu kenapa dan bagaimana. Kan Haikal, Botak and Adzam? Hehe. Anyway bersyukur itu pasti, Alhamdulillah. :)



Overall Summary:

Number of courses: 33

Number of A+: 4
Number of A: 19
Number of A-: 7
Number of B+: 2
Number of C+: 1
Others: None.




Ada terlintas untuk buat fast-track masa Part 3 dulu sekiranya saya gagal dapat DL untuk semester yang ketiga tu. Dan Allah dah tunjuk sesuatu yang terbaik untuk saya apabila tak buat fast-track. Maka percayalah bahawa Allah Maha Mengetahui apa yang tebaik sedangkan kita tidak ketahui.


Seperti yang dikatakan oleh Koordinator Kursus iaitu Puan Azrin, peratus kelulusan meningkat dan peratus gagal pula berkurang. Maka peratus yang dapat Anugerah Dekan juga pun meningkat. Begitu juga penerima Anugerah Naib Canselor yang lain iaitu Arif dan Fadhilah. Alhamdulillah and Congratulations! Saya berharap dengan pelan baru semester hadapan akan meningkatkan lagi kejayaan ini.

Tahniah buat semua pihak terutamanya para pensyarah.

And I congratulate All DL Recipients. Keep it up. Especially my batch.
Yang saya tahu Arif, Fadhilah, Hasana, Yong, Azmina, Fauzy, Fatin, Hana, Mariam, Biah, Tasha.

Bagi mereka yang kurang bernasib baik, usaha lagi dan jangan mengeluh. Banyak lagi peluang yang akan datang nanti. Yakin dengan Allah dan bersabarlah. Allah akan membantu kita, inshaAllah.


Dan di kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada semua pensyarah yang telah telah mengajar saya sepanjang Diploma iaitu:


Puan Mas Ervina
Kak Liza
Encik Malik
Miss Azrina
Ustazah Azmawati
Miss Nurul Zulaihah
Prof Madya Syed Omar
Puan Yusnita
Puan Safura
Puan Noraisyah
Ustaz Zainuddin
Encik Nazri
Puan Adilah
Mr. Deepak
Encik Lezam
Ustaz Saidin
Miss Norfariza
Encik Naza
Mr. Choo
Miss Nafisah
Puan Fadilah
Puan Mazlyda
Miss Huda
Puan Rudza Hanim
Puan Haslenda
Puan Zuriati
Prof Madya Ismail
Puan Diana
Encik Kamalrulzaman
Puan Azizah


Kepada family saya yang sentiasa bagi sokongan. Serta rakan-rakan saya yang banyak sangat membantu. Tanpa mereka semua saya takkan dapat keputusan macamni. Diharapkan kejayaan yang sama atau yang lebih baik akan saya perolehi dimasa yang akan datang. InshaAllah.

Sekali lagi Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah atas nikmat yang dikurniakanNya. Semoga nikmat ini tidak disiakan dan semoga dijauhkan dengan kelekaan dan perasaan riak. InshaAllah.

Ada siapa-siapa yang nak share result? Dipersilakan. :)

That's all folks.
Thanks for reading! :)
Adiouszx and Salamun Alaik.




10 comments:

  1. kau ni kalau dah sekali update, panjang lebar nau :P

    ReplyDelete
  2. tahniah naim...
    aku respek btol dgn kau dalam bab pelajaran..
    semoga lebih sukses di luar sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Terima kasih. Biasa-biasa jee. Hehe. Kau pun all the best jugak! :)

      Delete
  3. masya' ALLAH ! every sem abg naim dekan !! terkejut ayong . HAHA
    tahniah abg naim atas kejayaanmu . hehe btw, lama dah ayong tunggu post abg yg ni , akhirnyaa post pon . HAHA TAHNIAH AGAIN !! TABIK SPRING lah kat abg naimm !! :D:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Thanks ye ayong. Tak cukup masa nak update cepat-cepat. Hehe. Oraitt. Thanks again! :)

      Delete
  4. congrats! pergh gila la kos CS boleh dpt ANC.. before ni selalu dgr junior2 kat segamat kata calculus susah.... tapi.... terbukti ada org yg boleh survive dgn CS.. keep it up bro! ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Rezeki Allah kita takboleh jangka kan. Hehe. Thanks anyway. And all the best too! :)

      Delete

Total visitors

Followers