Wednesday, November 7, 2012

The Things and The Words.

Assalamualaikum and hey manusia yang terkejut saya update lagi blog ni.

Current mood: Exhausted.
Current song: Distance - Christina Perri ft. Jason Mraz.

Post ni sebenarnya dari dulu nak post. Tapi asik terlepas pandang jee. Dan harini baru lah ter-perasan dan wajib siapkan entry ni.

Entry ni pasal the things atau pemberian dari mereka-mereka semasa hujung semester haritu serta the words contained. Tak banyak pun. Tapi cukup memberikan kenangan yang takpatut untuk saya lupakan. Alhamdulillah.



#1:

The thing:
First sekali yang saya dapat adalah dari Makcik Syahira dimana ceritanya saya di denda untuk bagi something dekat dia. Tapi bila fikir balik, saya pun nak something jugak dari dia. Maka berlaku lah sesi bertukar beri something.

Seperti yang satu dunia tahu, saya ni sangat tak kreatif. Tapi Makcik ni pulak terlebih kreatif. Satu kotak sebesar lebih kurang buku Networking tapi dalam tu macam-macam ada. Owh yee. Kitorang bertukar bagi ni masa hari Jumaat malam, iaitu hari dimana paper akhir final exam haritu. Dapat je hari tuu, tapi nak bukak kena tunggu bila dah dekat rumah. Syarat dari makcik tuu. Hehe. Dan bila sampai je dekat rumah, dengan penat-penat drive angkat barang semua, bukak lah kotak tuu. And, cakkkk:


Nampak tak variasi and ke kreatifan dia? And rasanya takperlu lah nak cerita kenapa untuk setiap satu barang tuu. Yang penting semua isi tu ada maknanya. Owh yee. Yang dalam botol tu adalah bintang-bintang yang dibuat sendiri oleh dia. Saya pun tak tahu macamana nak buat. -__-. Anyway thanks yea Makcik! ^^,

The words:
Nampak kertas warna warni or sticky notes tuu? Tu semua adalah wishes daripada dia. Ada 8 helai semuanya. And antaranya ialah: 

"Take care, jaga solat, cuti panjang2 buatlah something yang berfaedah. 
Jgn lupa UiTM Segamat tau! Bye pakcik...."



#2


The thing:

Yang ni pulak adalah pemberian yang kedua saya terima. Iaitu pada keesokan harinya dimana kitorang beramai-ramai yang tak berapa nak ramai menghabiskan masa-masa terakhir. Ianya adalah sehelai kertas A4 yang mengandungi ucapan yang ditaip berjela tapi tak bosan dibaca sebab banyak unsur sinis. Siapa yang bagi? Owh yee. Lupa nak bagitahu. Orang yang bagi ni adalah Hasana or lebih mesra dipanggil Hasan. Hehe. Ini lah dia:


Kenapa AngeliNaim? Tak perlu tahu. Saya sendiri pun tergelak bila baca. Thanks tau Ekjoss. Hehe.

The words:
Yupp. Memang panjang. Siap ada gambar lagi tuu. So, antara ayat yang terkandung ialah:

"Naim,, jangan lupakan kawan yang bernama Nurul Hasana Zainal Abidin..! aku pun xkan lupakan ko..Surat ni jangan buang tau..Ade muka ko..Kalau nak buang pun,,gunting yang gamba aku ni pastu simpan dalam wallet k..yang muka ko tu,, nak buang,, buanglaa.. hahak.."




#3


The thing:


Pemberian ketiga adalah daripada rakan joyah saya iaitu Mariam beberapa minit selepas pemberian diatas. And kalini bukan ditaip, tapi handwriting and handmade.Tapi macam tak berapa nak sangka yang dia sekreatif and serajin tu. Hehe. Dan inilah rupanya:


 Saya bertambah suka sebab warnanya merah. (Y). Thanks Mariam.

The words:
Takdelah berjela sangat cuma adalah ayat-ayat yang penting untuk saya. Antaranya ialah:

"Sepanjang 2 thn suku ni kite kenal u being such a great friend to me even sometimes u annoying and menyakitkan hati tp sebab dah biasa dgn korang yg memang suka bergurau overrr ni hahaha.."




#4


The thing:

Sebiji coklat Snickers yang diberi oleh Siti Khadijah atau nama pendeknya Jija. Diberi waktu malam pada hari yang sama kedua-dua barang diatas tu diterima. Dekat NR yang diriuhkan dengan suara dari TV yang menyiarkan Final Piala Malaysia. Dia sempat main snap gambar, hijack Tweet, dan meninggalkan memo, kesemuanya menggunakan handphone saya. Maka gambar Snickers je lah yang ada:


Even dah penyek pun membuatkan saya mula suka untuk makan chocs ni. Thanks ye Jija.

The words:
Memo yang ditaip panjang berjela dekat Memo Pad ni dan di save as "Hai naim ." Cepat gila dia taip semua tuu. Dan agak teruja. Tapi dia ni memang jenis yang taip laju gila dan kurang typo. Sama ada dekat PC, mahupun handphone. Dan antara ayat yang terkandung dalam memo tu ialah:

"Aku tak pernah menyesal kenal kau . Aku nak mintak maaf kalau aku gagal jadi sahabat yang baik untuk kau . Aku insan biasa , manusia tak sempurna . Once again aku berterima kasih sebab kau sudi percayakan aku ."






At first tak sangka and takpernah terfikir pun nak buat even nak dapat benda-benda ni. And secara jujurnya bercucuran juga air mata ni untuk kesemua empat benda diatas ni. :').

Anyway, maaf sangat-sangat sebab takdapat nak balas yang sepatutnya atas ketidaksangkaan saya. Huhu.

Bagi mereka-mereka yang ada terniat nak bagi saya apa-apa, bolehlah berbuat demikian secepat mungkin. Yang tak terniat tu boleh je nak niatkan sekarang. Hehe.


So, that's all folks!
Thanks for reading. :)
Adiouszx and Salamun Alaik.



0 comments:

Total visitors

Followers