Thursday, November 8, 2012

The Waiting for Result.

Assalamualaikum and welcome to my blog, dear readers.

Current mood: Getting nervous.
Current song: This Kiss - Carly Rae Jepsen.

Esok hari Jumaat. Hari Jumaat 9 haribulan. 9 haribulan tarikh penting. Tarikh penting untuk students Diploma. Students Diploma UiTM. Kenapa?

Kerana esok adalah merupakan hari keluarnya result final exam kami, para pelajar Diploma di UiTM. Dan, saya dan kawan-kawan saya kini berstatus pelajar semester akhir dan menunggu keputusan yang terakhir. Semestinya kami mengharapkan yang terbaik dan mencapai sasaran.


Homepage student portal pun dah berubah nampaknya.


Sebenarnya semua orang mengharapkan yang terbaik terutamanya takde subject yang perlu diambil semula a.k.a repeat. Dan semua orang juga target mendapat keputusan yang cemerlang dan tersenarai dalam penerima Anugerah Dekan a.k.a Dean's List. Dan lagi beruntung dan sangat bersyukur sekiranya mendapat GPA 4.00.

Keputusan untuk setiap paper atau subject telahpun di key-in. So apa je yang kita patut lakukan sekarang ni? Berikut adalah beberapa perkara yang saya rasa perlu dan boleh diambil kira sebelum check result esok. InshaAllah.




#1: Jalani kehidupan biasa.
Jangan pandai-pandai nak ubah cara kehidupan kita. Sebagai contoh taknak makan, taknak tidur, taknak cakap or taknak mandi. Semua perkara tu tak membantu kita pun malah memudaratkan kita lagi ada lah. Cukup makan, cukup tidur, cukup segala yang patut tu penting. jangan disebabkan result je kita jadi murung, sakit, or busuk.


#2: Kawal level kerisauan.
Yes. Normal kalau kita rasa nervous. Bukan manusia kalau takde rasa nervous langsung. Saya pun tengah nervous jugak sekarang ni. Sambil menggigil tangan nak taip. Ehh.

So, the problem is, setiap orang, level kerisauan mereka berbeza depends on situasi and cara dia berfikir. Macamana nak control? Firstly adalah dengan berselawat dan zikir bagi mereka yang Islam setiap kali rasa nervous tu datang. Secondly adalah dengan fikir perkara yang positif instead of negatif. Be an optimistic person. Thirdly kalau taklepas jugak, jangan fikirkan sangat pasal result esok ataupun takpayah fikir langsung. Sebabtu saya kata tadi, cara berfikir affects level kerisauan. Jangan terlalu confident juga.


#3: Pastikan diri bersedia.
Sebelum check tu kenalah pastikan diri kita ni cukup bersedia. Cukup bersedia untuk bersyukur. Cukup sedia untuk gembira. Dan yang paling penting, cukup sedia untuk redha sekiranya kurang memuaskan.

Kenapa? Kerana, bila kita tak atau kurang bersedia, maybe kita akan leka seperti tak bersyukur dan tak menerima hakikat. Allah Maha Mengetahui apa yang kita tidak ketahui dalam setiap ketentuannya. Bersyukurlah dengan segala keputusan yang kita akan terima nanti. Dan redha lah dengan seikhlasnya.


#4: Tidak berputus asa.
Ingat sampai bila-bila, Allah takkan menguji seseorang dengan ujian yang melebihi kemampuan seseorang itu. Sekiranya keputusan kurang memuaskan, jangan sesekali berputus asa. Sebaliknya adalah beristighfar dan bina keyakinan diri untuk lebih berusaha di masa akan datang.


"Dan janganlah kamu berputus asa kerana sesungguhnya tiada yang berputus asa selain orang yang kafir"

Sekiranya, saya ulang, sekiranya, ada satu paper yang kita tak lepas, janganlah kita menuding jari dekat siapa-siapa kecuali diri kita sendiri. Cari alternatif untuk penyelesaiannya. Sebagai contoh, assign siapa-siapa untuk tumbuk muka anda sekuat hati sekiranya masih mengulangi kesilapan yang sama di masa akan datang. Secara tak langsung, benda tu akan motivate diri kita untuk ke arah yang lebih baik, inshaAllah.



#5: Effort ∝ Result.
Effort and result are directly proportional. Result should be excellent if we put a massive amount of effort. And vice versa. Apa sahaja keputusan yang kita dapat tu adalah merupakan dan melambangkan usaha kita. Kalau masih ada lagi semester yang akan datang, ensure yourself to perform better. Terutamanya adik-adik junior sekalian.

Moreover, there is no success without sacrifice.


#6: Teruskan berdoa.
Berdoa dan teruskan berdoa sementara masih menunggu keputusan. Jangan sesekali kita fikir yang dah terlambat untuk berdoa.

Jangan pula kita silap doa. Sebagai contoh:

"Ya Allah, kurniakanlah aku keputusan yang cemerlang."
atau
"Ya Allah, gembirakanlah aku dengan memperoleh keputusan yang cemerlang."

Kenapa saya kata silap? Kerana kedua-dua doa diatas membuatkan kita menjadi yakin untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang sahaja. Maka sekiranya keputusan kurang cemerlang, kita akan mudah menyalahkan takdir. Sebenarnya ego seseorang tu yang mempengaruhi doa tersebut. Sekiranya kita betul menghambakan diri, sedar kita insan yang lemah, kita akan meminta doa seperti ini:

"Ya Allah, apa jua keputusan yang aku terima esok, jadikanlah aku manusia yang sentiasa bersyukur dan redha dengan ketentuanMu."

Kenapa? Sebab usaha kita dengan semua paper final exam tu dah selesai. Dan keputusan semua dah tercatat. Kita hanya menunggu untuk check jee. Maka, doa yang mula-mula tadi tu kurang sesuai adalah kerana faktor waktu. Doa tu boleh je diguna pakai sebelum menghadapi final exam. Sebab ianya akan motivates kita untuk berusaha mendapatkan keputusan yang cemerlang.


#7: Bertawakal.
Berserahlah sepenuhnya kepada Allah yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui atas setiap perkara. Sertakan juga kesabaran dan redha. Bertawakal lah dengan sebenar-benar tawakal. InshaAllah dipermudahkan segala urusan.



Rasanya setakat ni sahaja daripada saya. Kalau ada mana-mana silap tu mohon maaf dan mohon betulkan ye. Lagipun entry ni bukan untuk pembaca sahaja, malah untuk diri saya sendiri juga. Supaya kita sentiasa memperbaiki diri masing-masing.

Semoga segala urusan kita dipermudahkan dan dilancarkan. Khususnya pada hari kita check result masing-masing, inshaAllah.

So dikesempatan ini saya nak wish:


 Saya mendoakan all the best to all Diploma students yang akan check result nanti. Terutamanya semua yang mengenali saya dan juga yang saya kenali. Khususnya rakan se-kampus, se-batch dan sekelas sekalian. InshaAllah. ^^,


*Jangan menjerit, melompat atau perkara-perkara yang kurang sopan pulak ye. :p

Well, that's all folks!
Thanks for reading yaww. :)
Adiouszx and Salamun Alaik.



0 comments:

Total visitors

Followers