Thursday, November 1, 2012

Them.

Assalamualaikum and hey para pembaca sekalian.
It's November now!
Ada yang tengah nervous tunggu 9 haribulan ni ye?
Ada juga yang tengah rindu kawan-kawan dia ye?






Maaf entri kali ni paling panjang yang saya penah post. Lagipun dah lama sangat tak update blog ni. So bila dah lama tak update, layaklah buat entri panjang-panjang ni.

2 tahun setengah, 5 semester bersama. berjuang, berkongsi kepayahan and suka duka bersama. Bak kata Black and Malique dalam lagu mereka "Ketawa bersama, menangis bersama, ku bersumpah harap kita mati pun bersama". Dan kini tiba ke penghujung diploma. Rasa seperti baru semalam menjejakkan kaki sebagai pelajar DCS di UiTM Segamat ni. Segala memori yang lama tiba-tiba senang untuk digambarkan dan dikenang kembali.

Part 1:
Masing-masing class ditentukan sendiri oleh sistem. Maka tercampaklah ke kelas CSD1S4. Class yang boleh dikatakan unik sebab masing-masing ada characteristics tersendiri. Ada yang pendiam, ada yang kecoh, ada yang baik dan sebagainya. Time ni semua nampak lagi budak sekolah menengah. First class bagi salam dekat lecturer, baca doa dulu. Tapi lama kelamaan, nampak kematangan setiap seorang. Time ni, orang yang saya rapat adalah Topek, Botak, Nas, Dalak, Puku, Mariam, Jija, Nuri, Amy, Aten.

Part 2:
Class ditentukan secara random lagi. Kami dipecahkan oleh sistem (auto-registration), dan dikumpulkan di class JCS1105B. Orang yang saya kenal hanya botak, mariam dan hidayah. First day kuliah semua senyap. Mujur ada ayep penyeri class tuu. Masing-masing masih rindukan kawan-kawan class masa part 1. Tapi disebabkan sistem ni lah kitorang rapat gila-gila. Situasinya lebih kurang macam bercinta selepas kahwin lah. Ehh.

Part 3 - Part 5:
Mesti korang tanya kenapa gabung 3 sem? Okayh. Saya gabungkan bukan sebab nak pendekkan entri, tapi sebenarnya 3 sem terakhir ni  bagi saya lebih kurang jee. Disebabkan semua sepakat untuk sekelas hinggaa tamat semester. Dan juga jadual class kami ni selalunya best dan tak memenatkan. Hehe. Dan tiga semester ni lah yang sebenarnya mengeratkan kami. Banyak buat study group, bersukan sama-sama time petang-petang, berbuka puasa sama-sama dan ramai-ramai, celebrate birthday mereka dengan tepung telur, beraya rumah lecturers, dan lain-lain. Sedar ataupun tidak, semua perkara-perkara tu mengeratkan lagi hubungan kita. Tapi, bukan senang untuk jadikan satu class tu semuanya sekepala. Tapi hingga kehujung nafas Diploma, berikut adalah classmates saya yang awesome belaka bagi saya sepanjang kehidupan sebagai pelajar Diploma Sains Komputer:

*tidak mengikut urutan bagai sebab korang semua sama level awesomenya* :)

1) Sheikh Mohd Adzam Bin Sheikh Ramdzan.


Saya kenal dia sejak Part 1 lagi even kami tak sekelas. Tapi disebabkan topek, saya kenal dia sebab saya rajin lepak bilik dia. Orang pertama yang saya hafal nombor Phone dan nombor matrix dia. Even dia ni sometimes annoying suka cucuk-cucuk, gelikan leher, tapi dia ni caring sebenarnya. Ingat lagi masa saya mengalami krisis kewangan, dia belikan saya makanan even saya dah cakap nak makan maggie jee. Tak suka susahkan orang, suka sangat tolong orang. Selalunya dia ni periang. Suka buat orang gelak termasuk lecturer. Even salah sorang kitorang tengah bengang or sedih, dia mampu ceriakan kitorang. Walaupun dengan lawak sengal dia tuu. Yess. Kitorang macam adik beradik. Masih teringat waktu nak berpisah dengan dia time kat NR. Till we meet again soon bro. Semoga berusaha dengan lebih gigih and kurangkan mengeluh ye kawan. :)

2) Mohd Ariff Asyraf Bin Hamli.


Dia saya kenal waktu part 2. Sangat happening bila kitorang dengan dia. He shares the same birth date with me. And we are twin with a different parents, and different home town. Kitorang menjadi sangat rapat masa Part 3. Macam-macam assignments and projects kitorang satu group. Dia banyak habiskan masa sepanjang Semester ketiga tu di bilik saya. Saya anggap dia macam abang saya sebab dia ni suka tolong orang and tak suka susahkan orang. Bab-bab nasihat memang dia pakar especially pasal cinta. Hehe. Even masa hujung semester tiga tu ada krisis, tapi saya takpernah benci dia oleh sebab tingginya respect saya terhadap dia ni. Tapi orang kata kalau kawan baik, gaduh macamana pun tak kemana. Mesti berbaik semula. Last jumpa dia waktu dia nak balik rumah hari ahad lepas. Memang berat sangat nak berpisah tapi itulah hakikatnya. Well, all the best dude. Semoga berjaya kat mana-mana and jangan lupakan sesama sendiri. :)

3) Mohd Haikal Bin Omar.


Kami pun kembar juga even lain warnanya. Hehe. Banyak persamaan kitorang. Sampaikan ada junior panggil saya Haikal. And ada yang kata suara kitorang sama. Mula rapat sangat dengan dia waktu Part 4. Dia sangat baik dan berbudi bahasa bila berkomunikasi dengan orang lain terutamanya yang lebih tua. He also has a very good presentation skills. Disebabkan dia ni jenis yang alert, dia banyak ingatkan saya tarikh-tarikh tests and quizzes. Kitorang ada juga gaduh-gaduh manja tapi tak sampai sehari dah baik. Bila dia buat kerja, dia akan buat sebaik dan selengkap yang mungkin sampai sanggup tidur lambat. Teringat bila kitorang asik tercakap benda yang sama dalam satu masa. Bila berkongsi idea, mula lah merepek jauh-jauh and end up with laughs. Next sem pastikan dapat DL even takde saya. Semoga berjaya terutamanya dalam bidang kegemaran yee. :)

4) Mohd Syafiq Bin Abd. Halim.


Orang kenal dia sebagai Botak. Nama yang diberi masa dia Part 1 oleh disebabkan masa tu dia botak. Even rambut dia panjang pun orang still panggil dia Botak. Kitorang kenal dari Part 1 lagi. Dia banyak sangat bantu saya terutamanya belajar Account waktu Part 1 dulu. Disebabkan dia, saya mampu meraih A- even carry mark tak sampai setengah. Lagi satu dia ni otak business and tak pernah berkira. Seorang yang happening jugak. Hebat main gitar. So, saya mendoakan kejayaan anda. Jangan malas-malas and ponteng-ponteng lagi. Ada rezeki jumpa lagi. :)

5) Mohd. Fauzy Bin Saad.


Mula kenal dia waktu MDS. Boleh dikatakan yang dia adalah student CS pertama yang saya kenal kat UiTM tuu. Dari dulu dia ni pendiam, pemalu and suka bawa diri ataupun mudah berdikari. Seronok juga bila kenakan dia ni. Disebabkan saya, dia jadi class rep QMT200. Tapi janganlah anggap itu sebagai buli yee. Anggaplah lah sebagai gurauan. Kadang-kadang bila kitorang buat aktiviti apa-apa, selalu terlupa nak ajak dia ni. Maklumlah, orang duduk jauh kat SB. Maaf yee. Hehe. Sedar tak sedar, dia ni juga orang terakhir yang saya berpisah. Selamat bekerja dulu sebelum sambung Degree yee. All the best. :)

6) Nurul Hasana Binti Zainal Abidin


Kitorang panggil dia Hasan jee. Start kenal waktu part 2 and dia ni rapat dengan Rokiah masa tuu. Mula-mula ingatkan dia ni sombong. Sebab masa saya and botak tegur dia time kat class BEL (Atok) dia ni macam layan tak layan jee. Nak kata macam garang pun ada. Sedar tak sedar kitorang jadi rapat. Baru tahu perangai sebenar masing-masing. Sama-sama sengal jugak kepala otak kitorang ni. Tapi dia lagi sengal rasanya. Hehe. Best kawan dengan dia ni sebab dia ni pandai, teliti and pandai jaga hati kawan. Masa study sama-sama pun seronok and tak bosan sebab suka kacau dia. Kitorang kadang-kadang suka fight fight dalam test. Nak-nak programming and maths. Well, ada menang and ada kalah tu tak kisah yang penting seronok. Degree punya first and second option sama dengan dia. So harap-harap jumpa lagi time degree nanti yee. Boleh sambung gila-gila kita. Hehe. All the best yee! :)

7) Siti Mariam Binti Razak


Kawan yang paling kecoh dari dulu sampailah bila-bila. Kalau nak berborak or menjoyah, digalakkan untuk cari dia. Sometimes or most times dia ni annoying jugak sebab suka kacau orang. Annoying dia ni boleh dikatakan unik. Kadang-kadang main tegur je siapa yang dia nak tegur. Macam semua orang dia kenal. Mulut boleh dikatakan pedas, tapi dia ni tak suka and tak tahan makan pedas. Haha. Banyak kali bergaduh dengan dia ni, tapi tak lama pun gaduhnya. Masing-masing perangai suka mengacau lah katakan. Dia ni lebih kurang sama perangai. Antaranya bila esok nak submit assignment or ada test, sempat lagi main game. Apa-apa pun kitorang semua rindu "mengempreng" dia. Huhu. Well, all the best yee Mariam. Semoga berjumpa lagi untuk menjoyah. :p

8)Norhana Binti Nordin


Lebih mesra dipanggil Hana. Seorang yang berhati lembut, bila bercakap pun nada lembut jee. Antara kelebihannya adalah tinggi ilmu agama and senang menghafal. Kalau subject membaca macam ECO, ENT tu dia lah senang nak score. Owh yee. Satu lagi kelebihan dia yang unik adalah suka makan tulang ayam. Teringat masa saya mula nak belajar dua tiga hari sebelum berpisah haritu. Disebabkan dia ni jenis yang lembut, so boleh kata selalu jugak lah dia kena buli. Hehe. Masa awal-awal Part 2 dulu dia ni jenis yang pendiam sangat. Sampaikan nak tegur pun segan. Tapi bila dia dah rapat dengan Mariam, automatic dia rapat jugak dengan kitorang. Maka sampai lah habis sem kitorang still rapat and banyak buat aktiviti bersama. So, saya doakan yang terbaik dan jangan lupa jemput bila nak kahwin nanti. Hehe.

9) Nurul Fatin Amalina Binti Mohd Yusof


Mula kenal dari Part 1 lagi sebab sekelas. First time cakap dengan dia waktu kat library. Tu pun sebab peristiwa masa kelas BEL, dia pass marker pen kat saya. Dia ni jenis suka bertanya, suka bercerita and peramah. Tapi dalam masa yang sama suka mengeluh. Kurangkanlah yee. Nak dijadikan cerita, dia ni active dalam Netball and siap satu team dengan kakak saya yang Pro Netball suatu ketika kat kampus dulu tuu. We share the same favourite number which is 23. Well, that number means something such luck for each of us. Kitorang banyak jugak bergaduh manja. Nak-nak waktu kelas QMT337 sebab duduk sebelah-sebelah. Hehe. So, semoga berjaya and semoga berbahagia selamanya disamping Kam tersayang. :)

10) Raja Durratun Safiyah


Ni sorang lagi yang kecoh-kecoh and happening. Manja-manja ganas gitu. Tak suka bila orang panggil dia Safiyah. Tapi kadang-kadang saya sengaja panggil dia nama tuu. Persamaan kitorang adalah geli. Part mana tu takperlu bagitahu. Kang kitorang kena attack berjemaah pulak. Bila study sama-sama ada je benda nak diceritakan and digelakkan. Boleh dikatakan matang melalui cara pemikiran. Teringat pulak masa kita buat forum pasal kahwin dulu. Dia ni pandai sebenarnya. Pernah dapat highest mark kot masa Test 1 Calculus I. Degil pun ye jugak dia ni sebab susah nak mengalah. Selalu nak menang jee.

11) Siti Nur Atika Bt A. Rahman


Nama pendek "Eika". Lagi senang panggil "Pendek" jee. Sebab kalau panggil pendek je pun dia sahut jugak. Hehe. Tapi ada jugak yang tinggi dia ni. Power cermin mata dia je lah yang tinggi. Kenal dia ni start Part 2 and pendiam je bila kat kelas. Tak suka girlish sangat dia ni. Cukup mana yang selesa untuk dia. Dia jugak suka sangat mengalah. Kalau orang lain suruh buat pun dia buat jee. Yang penting jangan sampai kena buli lah yee. Kadang-kadang nampak macam budak-budak. Penggemar or penternak hamster semenjak dua menjak ni. Sorry lah takdapat nak beli and bela hamster tu yee. So, minta maaf banyak-banyak sebab boleh kata selalu jugak jadi mangsa buli and mangsa kena game yee. All the best and jumpa lagi kat mana-mana bila ada masa. :)

12) Khairinna Binti Tarmidi


Kebanyakan orang panggil Keyna since nama dia kat FB pun Keyna. Tapi ada jugak orang panggil dia Khai macam si Hasan tuu. Start kenal waktu Part 2, time class BEL kat DSP. Kitorang bertiga (saya, dia, Rok) satu kumpulan untuk Speaking Test and it's exercises. Semenjak dua menjak ni dia jadi Pengusaha Top-Up yang berjaya. So kalau tengah malas nak cari topup message je dia. Hehe. Takpernah bergaduh dengan dia sebab macam tak sampai hati je bila nak cari gaduh. Tapi kalau nak bersuka ria, boleh je masuk kepala dengan dia ni. Cuma haritu tak sempat nak habiskan hari-hari terakhir dekat kampus berama-ramai sebab dia ni balik awal. So, minta maaf atas segala salah silap. Kalau ada masa nanti jumpa lagi dekat Ampang or dekat Kluang or dekat mana-mana je lah yang possible. All the best yee. :)

13) Nurul Shuhada Binti Masri


"Shue" nama singkatan. Kalau nak lagi nampak style, "Shoe". Hehe. Tak gemar bersukan dan tak gemar jugak orang yang over. Kott lah. Tapi boleh nampak bila ajak bersukan sama-sama. And yes, dia jugak sekepala dengan semua mereka-mereka diatas ni. Takpernah nampak dia betul-betul marah sebab dia ni takdelah suka sangat bercakap. Tapi ada orang kata seram bila dia ni dah marah. Pun sama jugak tak sempat habiskan saki-baki haritu even dia yang plan nak pergi Gunung Ledang a.k.a Sagil bersama. Tapi nak buat macamana, dia kena balik awal. Its okayh. Semoga jumpa lagi time balik raya nanti kat Air Tawar. Hehe. All the best too! :)


Setakat ni je lah yang mampu untuk dikarangi. Bagi mereka yang tak tersenarai kat atas ni, mohon jangan kecewa or makan hati bagai yee. Korang bukan tak awesome. Semua kawan-kawan saya awesome-awesome belaka. Cuma kalau nak list kan semua, fuhhh. Lagi sebulan baru siap agaknya entry ni.

Bagi yang tersenarai, mohon jangan terasa dengan ayat-ayat tu sekiranya terkasar. Cuma saya rindu nak bergurau dengan kalian. Maklumlah, entah bila lagi kan kita nak borak gelak sama-sama lagi kan.

Dan untuk semua kawan-kawan, mohon doakan kejayaan bersama. Kawan kekal selamanya dunia dan akhirat. Bila dah berjaya jangan sombong-sombong yee. Jumpa kat mana-mana jangan segan silu nak bertegur. Dan jangan sesekali kedekut ilmu. Tolonglah orang and inshaAllah diorang akan tolong kita balik. Sweet kann?

Bagi yang masih berjuang semester hadapan, berjuanglah sebaik mungkin. Bagi yang ambik praktikal, dapatkan pengalaman sebanyak mungkin. Jangan malu-malu yee. Bagi yang nak bekerja, kerja rajin-rajin sampai ke tahap yang korang rasa selesa and puas. Bagi yang nak sambung Degree, ada rezeki ada jodoh jumpa korang lagi. Belajar rajin-rajin, dapatkan ilmu yang berguna sebanyak mungkin. Dan bagi semua sekali, nak kahwin nanti jangan lupa jemput.

Yang penting bukan saya yang akan kahwin dulu. Hihi.

No assumption.

That's all folks!
Thanks for reading. :)
Adiouszx and Salamun Alaik.



2 comments:

  1. thanks bro :D
    aku akan balas !
    xde masa lagi nak taip panjang panjang ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. no biggie~
      oraitt. balas jangan tak balas! haha.

      Delete

Total visitors

Followers