Wednesday, December 26, 2012

Kisah Sekolah Rendah (1999-2004)

Assalamualaikum and hello para pembaca sekalian.

Current mood: Natural.
Current song: Not listening.

Firstly sila abaikan gambar-gambar dekat main page ni. Takde apa-apa kaitan pun. Cuma tak tahu nak replace dengan apa. Nanti bila dah dapat idea, akan bertukar lah ye. Ke korang ada nak bagi cadangan? Dipersilakan dan dialu-alukan. :)


Okayh seperti yang dijanjikan dalam entry sebelum ni, akan saya sambung kisah zaman persekolahan saya dahulu kala. Kali ni time sekolah rendah kebangsaan. Sekolah rendah agama pun ada. Tapi tu nanti saya buat dekat entry yang lain.


SKPJ, Sekolah Kebangsaan Pandan Jaya. Sekolah ni tersangatlah dekat dengan rumah. Hari-hari pergi sekolah jalan kaki jee. Kecuali time hujan lah. Nanti mak akan hantar naik kereta. Dari darjah satu (1999) sampai lah darjah enam (2004).

Lagu sekolah still hafal sampai sekarang. InshaAllah sampai bila-bila. Tapi tak tahu lah kalau tiba-tiba dah tukar ke kann.

Dari darjah satu sampai darjah enam tu ada je turun naik dari segi akademik. Tapi betul-betul stabil start darjah lima. Time tu otak baru berkembang and aktif tanpa masalah.

Actually rasa kagum dengan diri sendiri waktu darjah 3. Dimana ceritanya, Cikgu Nazran (orang Kelantan) ni ajar Maths. Dia sangat sporting dan kelakar. Ada satu masa ni dia nak test setiap pelajar pasal basic maths (tambah tolak darab bahagi) secara congak secara cepat. Dia pun suruh semua orang berdiri. Then dia pergi dekat sorang-sorang, and tanya. Kiranya ada banyak round. Setiap round, kalau ada salah jawapan or lambat, berdiri atas kerusi. Salah lagi berdiri atas meja. Mana yang betul, dapat duduk and tak kena tanya lagi. So bila turn saya, saya jawab semua betul dan lancar. Kalau tak silap, saya sorang je yang first round terus duduk.

Ingat lagi dulu maths belajar Ceraikan, Bundarkan, Cerakinkan dan lain-lain. Owh yee. Saya masa dulu sangat tak reti operasi bahagi. Cikgu ajar pun masih tak faham. Nak tahu siapa yang ajar sampai saya faham gila-gila? Nenek saya. Yes, nenek. Nenek yang ajar macamana nak bahagi. Lepas kena marah semua, satu malam je dah faham sampai bila-bila. Hebat kan nenek saya? Hehe.

Mostly perhimpunan pagi Isnin tu akan ada penyampaian hadiah bagai. Setiap kali tengok orang dapat hadiah, saya rasa jealous sangat and fikir bila lah nak jadi macam orang-orang tuu. Alhamdulillah turn saya sampai jugak. Tapi waktu darjah lima. Itu lah first and the last dapat naik pentas waktu perhimpunan tuu. Hadiah apa? Hadiah quiz maths. Ada cikgu ni (tak ingat nama dia), masa dekat kelas dia bagi quiz and dia kata siapa paling cepat and paling betul dapat hadiah. Saya pun dengan tiba-tiba bersemangat, buat lah and orang first hantar. Tak tahu pun betul ke tak jawapan tuu. Maka masa perhimpunan tu, MC announced dapat first place. Alhamdulillah.

Masa Darjah 4 kalau tak silap. Mana saya? Yang paling comel tuu.
Saya pernah jadi pengawas, lepastu tak jadi, masa darjah enam jadi balik.



1 Gemilang
2 Cemerlang
3 Harmoni
4 Cemerlang
5 Cemerlang (Kott)
6 Gemilang



Cerita pasal denda pulak, masa sekolah dulu mesti banyak denda kann. Denda yang common, ketuk ketampi, rotan and jalan itik. Tapi kitorang dulu ada denda yang pelik-pelik. Antaranya tangan buat macam "twit", lepastu ada kayu yang leper atau pembaris panjang, ketuk. Sakitnya nauzubillah. Tu denda dari Ustaz Sabli yang lawak and sporting. Denda pelik seterusnya dari Cikgu Ariston. Dia bagi nama "Gaban". Cara dia, mula-mula cangkung, lepastu lompat, sambil lompat tumbuk angin. Dan berulangan. Nak tahu lagi macamana? Try lah buat sendiri. Denda ni memenatkan kaki dan lutut.

Seterusnya cerita pasal sukaneka. Rumah sukan dapat Rumah Kuning a.k.a Laksmana. Antara sukan yang saya masuk adalah 4x100m, 4x200m, 100m, Lompat Tinggi dan Lompat Jauh. Yang dapat medal 4x100m tu jee. Dapat second place. Lompat tinggi masa pemilihan bukan main hebat. Bila sampai waktu sukan tahunan tu, tak lepas. Pelik jee. Lompat jauh pun macamtuu. Lompat masa pemilihan bukan main jauh. Siap ada cikgu cina ni gelarkan saya Superman. Sebab ada sekali saya lompat macam Superman. Hebat sangatlah katakan.

Unit beruniform, masuk TKRS. Yang lain tengok macam tak best jee. Pernah beberapa kali masuk hutan. Antaranya dekat FRIM dan dekat UKM. Paling best pergi FRIM sebab pergi sana naik truck askar. Tak pernah terfikir pun.

Maaf tak jelas. Yang tertulis, 4x100M, Kelas 2, Tempat Kedua.


Pernah jugak masuk pertandingan nasyid. Tapi tak menang pun. Kitorang punya lagu Kasih Kekasih - In-Team. Mungkin sebab suara ni tak sedap. Nak buat macamana. Korang mesti tahu lagu ni punya. Sebab lagu ni famous waktu dulu-dulu.

Apa-apa pun banyak benda lagi yang bila dikenang balik, kelakar and rindu. Beratur ambik susu, mintak mak duit nak beli susu lembu yang banyak perisa tuu, mintak duit nak beli buku, tengok silap mata, dan lain-lain. Kawan-kawan pulak masing-masing ada haluan masing-masing. Yang paling rapat sekarang ni Apek lah. Tu pun sebab sekampus masa Diploma. Lagipun jiran setaman. Hehe.

Antara mereka-mereka yang rapat dulu: Apek, Joe, Aimie, Paan, Hilmi, Hadi, Radhi, Ikram, Zulkarnain, Zulkifli, Muz, Faisal, Asma, Halimah, Syaidatul, Mira, Faten, Wong Dee Lern, Anthony, Long, Darshigan, Liyana, Azlin, Muiz, Syed, Iezreen, Sofia, Hidayah, Kesuma, Hafiz, Amir, Sugen, Izhar, Adila, Aripin, Syazwan, dan lain-lain lah. Kadang terfikir best nya kalau dapat reunion sekali. InshaAllah kalau ada rezeki nanti. Hehe.

Perkara yang paling susah nak lupa, dapat full mark maths masa trial and mid term exam. Masa tu saingan dengan Long Ker Zhin. Dia pun hebat maths. Tak lupa jugak dekat Anthony yang genius tuu. Haha. Dan of course the 5As of UPSR. :')

Ada lagi satu, kena kejar anjing dekat padang. Waktu tu pagi, biasalah saya ni suka datang awal ke sekolah. Takpernah lambat dan hampir setiap tahun full attendance. Tak tipu. Okayh, waktu tu bertiga dengan kawan. Acah-acah berani, pergi ketengah padang tu sambil dekat tangan pegang batu. Sekali baling, anjing tu kejar. Memang tak fikir apa time tu, lari paling laju. Kalah Usain Bolt. Tapi dapat rasakan yang anjing tu dapat gigit sikit kasut. Perghh. Serik dah nak halau anjing lagi waktu tu. Haha.

Berikut pula senarai Cikgu yang pernah mengajar dulu:
Cikgu Nazran, Cikgu Wan Mohd Fauzi, Cikgu Aizam, Cikgu Sayfolhidzam, Cikgu Hilmi, Cikgu Yazreen, Cikgu Rizal, Cikgu Khirwiza, Ustaz Sabli, Sir Rizal, Cikgu Ariston, Puan Halimah, Puan Noraini, dan lain-lain. Terima kasih cikgu-cikgu sekalian. Entah dekat mana lah mereka-mereka ni semua. Kalau tegur nanti mesti dah tak kenal. Huhu.


Hrmm. Rasanya macam dah panjang sangat pulak entry ni. Kalau ikutkan banyak lagi nak diceritakan. Tapi kang bosan pulak korang nak baca. Cukuplah sedikit sebanyak cerita waktu di SKPJ dulu. Macam-macam lagi sebenarnya kenangan yang ada.



Well, I think that's all folks!
Thanks for reading~ :)
Adiouszx and Salamun alaik.




0 comments:

Total visitors

Followers