Saturday, December 22, 2012

Kisah Tadika (1998)

Assalamualaikum and hey para pembaca sekalian.

Current mood: Exhausted.
Current song: Oppa Gangnam Style - PSY. (Congrats for the over 1 billion watches at YouTube!)

Lama tak jumpa kann? Maklumlah, saya agak sedikit busy. Bila dah bukak sekolah nanti lagi banyak busy. Hehe. Biasalah, bukan semua orang ada banyak idea nak update blog kann.



Okayh, entry kali ini adalah sedikit sebanyak kenangan sewaktu zaman saya tadika dahulu, tahun 1998 ketika saya berumur 6 tahun, di Tadika Kemas Pandan Jaya. Kakak-kakak saya pun tadika dekat situ jugak dulu. So cikgu nya pun dah kenal sangat dengan mak saya.

Seperti biasa, mak saya yang akan hantar saya pagi-pagi. Dan hampir tiap-tiap hari rasanya saya lah orang pertama yang sampai. Pintu pun tak bukak lagi. Tapi saya just duduk dalam kereta je dengan mak. Dengan pakaian warna biru cair and ada kotak-kotak biru putih sikit. Memang ternyata kecomelan saya waktu tuu.

Berbeza dengan typical budak tadika yang kalau boleh nak parents dia ada dekat dengan dia, saya pulak lagi  senang kalau mak dah balik. Tak faham sebenarnya kenapa nak kena ada parents teman. Kalau takde mula lah mereka menangis. Rasa macam kelakar pun ada. Haha.

Disebabkan cikgu tu dah kenal sangat dengan mak, so ada satu masa tu, cikgu takboleh nak ajar. So dia mintak la mak saya jadi cikgu sementara untuk satu hari. Adalah sikit rasa excited bila mak sendiri jadi cikgu walaupun sehari jee. Haha.

Antara kenangan yang kelakar masa tadika dulu, bergaduh gigit telinga. Haha. Tak ingat kawan tu nama apa, tapi dia Indian. Sebabnya ada sorang kawan ni report yang dia kena kacau. So saya dengan penuh bergaya dan bersifat protective pergi lah cari orang tu. Lepastu dah lupa macamana bergaduh tapi yang penting ada gigit telinga dia. Haha.

Bila sampai waktu nak makan, mesti akan ada satu permainan dulu baru beratur makan. Permainan yang biasa, "Pukul berapa datuk harimau". Seronok je bila ingat balik. Haha.

Lagi satu masa tadika kan belajar tulis huruf, huruf yang paling susah saya nak belajar masa tu adalah huruf 'e' dan 'y' kalau tak silap. Lepastu bila dah berjaya, bukan main belagak lagi. Siap berdiri atas kerusi, buat pengumuman. Haha. Comel kann?

And waktu nak habis tadika tu ada sesi tangkap gambar ala-ala graduation. Yang perempuan photographer tu sediakan lipstick. Masa tu saya baru tahu nama lain lipstick adalah gincu. Haha. Saya pun tengok je kawan-kawan perempuan pakai lipstick tuu. Lepastu turn saya tangkap gambar, photographer tu kata, "Awak ni nak pakai lipstick jugak ke?" Entah kenapa tiba-tiba saya pun angguk jee. Maka dengan itu, gambar saya waktu tu ber-gincu. Comelnyaaa~

Owh yee. Ada satu masa tu tak ingat pasal apa, saya merajuk dengan cikgu. Lepastu keluar dari kelas, duduk dekat playground tu sorang-sorang. Bila cikgu pujuk ajak masuk, acah-acah taknak layan. Tapi bila waktu makan, terus masuk. Haha. Dulu je saya mengada macam tuu. Sekarang dah tak. :p

Hrmm. Rasanya tu je lah sedikit sebanyak untuk dikongsi. Takde kisah cinta pun waktu ni. Tak kenal pun lagi apa benda tuu. Nak kongsi semua penat pulak nak menaip. Hehe. Gambar masa tadika dulu pun entah mana tah simpan. Yang penting adalah dekat mana-mana dalam rumah ni.

Tapi ada satu gambar zaman kakak saya tadika. Saya just saje nak datang. Waktu tu ada Sukaneka. Time ni saya baru empat tahun. Tadaaa~

Comel lagi bergaya bukan?



Assumption No. 32:
If he/she is more happy
without you rather than with you,
the best way is
do not interfere.



Cukup setakat ini je yee. Tadika saya setahun je. So tak banyak sangat kenangan. Entry pun pendek je lah. Tunggu lepas ni in shaAllah Kisah Sekolah Rendah pulak akan menyusul. Hehe.


Well, that's all folks.
Thanks for reading. :)
Adiouszx and Salamun alaik.




0 comments:

Total visitors

Followers