Saturday, December 1, 2012

The New Semester.

Assalamualaikum and heyy pembaca sekalian~

Current mood: Happy.
Current song: Malaysia VS Indonesia @ TV1.

Maaf kerana lambat update. Maaf juga kalau bersin akibat banyak sawang dekat sini. So, what's up guys? Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan tubuh badan, in shaAllah.

Tajuk entry bukan merujuk kepada saya kerana saya telah pun menamatkan pengajian. Tapi bagi mereka yang telah ataupun bakal berada di kampus. Cuti semester untuk pelajar Diploma UiTM dah pun habis. Maka bakal bermula lah perkuliahan sesi Disember 2012 - April 2013.





Entry kalini mungkin ringkas dan juga sebagai pembakar semangat bagi mereka-mereka yang kurang bersemangat. Firstly saya ingin menegur sedikit mereka yang mengeluh sebab cuti dah habis dan sebab dah nak balik ke kampus. Semestinya setiap pelajar mahukan semester yang baru ni better dari semester yang sebelumnya. Rasanya dan sepatutnya takde yang nak lagi teruk dari semester yang sebelumnya.

Jadi, permulaan untuk sesuatu yang baik adalah niat yang betul disertakan dengan semangat. Kalau awal-awal lagi dah mengeluh tu menunjukkan yang diri kita kurang bersemangat dan secara tak langsung niat kita dah lari sebenarnya. Maka sila lah bersemangat untuk menghadapi semester yang baru  dan betulkan niat korang. Maybe ada yang anggap perkara ni simple je and takde bagi effect apa-apa pun. Tapi sebenarnya perkara ni sedikit sebanyak mempengaruhi cara kita berhadapan dengan semester baru.

Nak pasang niat yang baik memang senang. Cuma nak bersemangat tu kadang-kadang susah. Tapi ada beberapa perkara yang kita boleh buat untuk naikkan semangat seperti kenal pasti tujuan korang dekat kampus tu, fikirkan tanggungjawab kita sebagai pelajar dan hamba Allah, dan juga sentiasa fikir untuk membalas jasa ibu bapa yang mahu melihat anaknya berjaya. Ibu bapa mana yang tak gembira tengok anak mereka berjaya kann?

So, all the best bagi mereka yang menempuhi semester baru. Semoga sentiasa tabah dan jangan sesekali putus asa. Jaga hubungan baik dengan para pensyarah, kawan-kawan dan yang paling penting hubungan dengan Allah. Semoga segalanya dimudahkan dan dilancarkan. Saya mendokan kejayaan bersama especially kawan-kawan saya. All the best and do your best yaww!





Betulkan niat, tingkatkan semangat;
Biar berpeluh, usah mengeluh.


Semoga sedikit sebanyak membantu. 
^^,


Well, that's all folks.
Thanks for reading. :)
Adiouszx and Salamun alaik.



0 comments:

Total visitors

Followers