Friday, February 8, 2013

Rezeki Sarjana Muda.

Assalamualaikum and hello para pembaca yang penat menunggu entri baru.

Current mood: Kepenatan.
Current song: Ajari Aku - Anuar Zain.

Nampak tak lama gila blog ni tak berupdate. Maklumlah tak sampai-sampai seru untuk update. Takpe. Yang penting kali ni dah berupdate. Mohon maaf kalau selalu bersin ketika baca.

Entri kalini adalah untuk berkongsi keputusan Permohonan Kemasukan Ijazah Sarjana Muda Sesi Mac 2013 saya. Nak diringkaskan cerita, nah gambar:

Ni lah keputusannya.
Alhamdulillah. Allah masih memberikan peluang kepada saya untuk melanjutkan pelajaran saya diperingkat yang lebih tinggi selepas berjaya menamatkan pelajaran diperingkat Diploma. Setelah bergelar Graduan Diploma, kini saya perlu berusaha lebih bagi meraih cita-cita untuk bergelar Graduan Sarjana Muda pula. In shaAllah.

Nak diceritakan pula tentang pilihan saya ketika mengisi borang permohonan ni:

Pilihan pertama saya adalah apa yang saya telah dapat. (Rujuk gambar diatas).
Pilihan kedua pula adalah Information System Engineering (ISE).
Pilihan ketiga, Information Technology (IT).
Dan pilihan keempat, Intelligent System (AI).

Ada juga pilihan dimana kita perlu memilih sama ada setuju jika diberi tawaran selain 4 pilihan diatas ni. Tapi bagi mengelakkan tercampak ke course yang pelik-pelik, maka saya memilih untuk tidak bersetuju. Risau jugak kalau dapat course yang berkaitan dengan Networking ke kann.

Sememangnya dua pilihan pertama tu merupakan kegemaran saya since saya mula minat membuat sistem walaupun tak hebat. Maklumlah, baru satu je sistem yang baru diterima pakai iaitu Sistem e-STaKo UiTMJ.
Untuk maklumat anda, sistem tu hanya boleh diakses dengan menggunakan Intranet Connection dengan ayat yang lebih mudah, menggunakan wifi UiTM Segamat sahaja. Rasanya cukup lah cerita pasal ni.

Cerita pula pasal 31 Januari dimana tarikh semakan keputusan bermula. Pada awalnya tarikhnya adalah pada 30 haribulan. Beberapa hari sebelum tu, ada notis menyatakan ditunda pada 31hb, 5.00PM. Kemudian ditunda lagi pada pukul 10.00PM pada hari yang sama. Sesungguhnya penantian itu adalah satu penyiksaan. Tapi saya takdelah rasa risau dan berdebar-debar sangat menunggu pukul 5 tu sebab saya pergi tengok cerita Juvana walaupun masa dalam wayang tu asik terfikir pasal keputusan jee.

Tunggu punya tunggu, tiba-tiba rasa macam nak cari jalan untuk akses laman web tu tanpa kena tunggu pukul 10.00PM. Godek punya godek, akhirnya dapat jugak akses ke page yang tak sepatutnya boleh diakses awal satu jam. Tengoklah pukul berapa saya terima tawaran ni dekat gambar di atas. So sekali lagi kurang rasa berdebar and risau tuu. Rajin-rajinlah explore Google Chrome ni sebab banyak benda kita buat tanpa menggunakan tipu daya Photoshop. Tengok gambar lagi, Nombor IC pun tak payah nak guna Photoshop untuk hide.

Untuk semester pertama, kemudahan kolej disediakan dan bagi FSKM, kita akan ditempatkan di Kolej Perindu bagi lelaki, Melati bagi perempuan. Tapi semester kedua rasanya dah tak dapat kolej. Ayah cadangkan ulang alik dari rumah. Ampang-Shah Alam. Best kann? Apa-apa pun baguslah takde MDS untuk kitorang. Panjang sikit cutinya.

Dan istimewanya kami ni, dapat merasa dua kampus iaitu Shah Alam dan Jasin. Jasin masih dalam proses pembangunan dan dijangka mula beroperasi tahun depan. Kiranya dua semester di Shah Alam, dua semester di Jasin, dan satu semester praktikal entah dapat dekat mana. Dekat Jasin kata ayah kalau tak dapat kolej, boleh tumpang rumah Mak Teh since rumah dia dengan Kampus Jasin tu dalam 1KM sahaja. Tapi tengoklah keadaan macamana nanti.

Alhamdulillah juga kerana masih berpeluang berjumpa dengan rakan-rakan seperjuangan ketika Diploma dahulu even bukan semua. Yang dapat sama course pun boleh tahan ramai. Akmal, Basyar, Izz, Pacap, Sufi, Hasana, Rokiah, Rabiah, Azmina dengan siapa tah lagi. Yang sama kampus pun ramai jugak. Berpeluang jugak lah dapat jumpa mereka ni lagi.

Actually sebelum dapat result ni ada jugak mimpi dapat dekat kampus mana. Tapi mimpi tak tak bagitahu direct. Siap ada nama Basyar pulak. Tapi dalam mimpi tu Basyar dapat UiTM Terengganu. Rupanya yang dapat dekat Terengganu orang lain. Iaitu Hazirah Afifah.

Sudah pastinya kehidupan di peringkat Degree ni akan lebih mencabar daripada kehidupan Diploma. Harap-harap dapat mengulangi lagi kecemerlangan pada zaman Diploma dulu. Dan semoga segalanya akan dipermudahkan nanti. In shaAllah.

Disini juga saya berharap rakan-rakan yang kurang bernasib baik agar membuat rayuan. Mungkin Allah sedang menguji kesungguhan kita. Banyakkanlah bersabar. In shaAllah korang akan berjaya dalam rayuan korang tuu. Kot-kot ada rezeki dapat sama kampus, jumpa lagi lah kita kann. Bagi yang masih berjuang, semoga berpeluang lagi untuk kita bertemu.

Kesimpulannya, dimana pun kita berada, bersyukurlah. Allah dah bagi peluang untuk kita sambung belajar ni maka gunakanlah peluang ni sebaik mungkin. Even dapat kampus lain-lain jauh-jauh, janganlah berasa terasing. Berusahalah menimba ilmu yang takkan cukup kita perolehi. Mudah-mudahan kita berjaya, in shaAllah.



Well, that's all folks.
Thanks for reading and see you again in my next post.
Adiouszx and Salamun alaik.



3 comments:

Total visitors

Followers